(Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 17 JAN: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat spekulasi media bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah terlibat membiayai filem anaknya Riza Aziz.
Spekulasi tersebut seperti yang dilaporkan
Portal Mstar Online sebelum in melaporkan Riza enggan mengulas kontroversi berhubung filemnya yang menelan belanja hampir RM326 juta selain dakwaan mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
“SPRM harus melakukan siasatan terhadap rosmah untuk mengetahui apakah dakwaan tersebut benar atau tidak.
“Sebelum ini, anaknya didakwa telah membeli sebuah rumah penthouse mewah, kini menghasilkan pula sebuah filem dengan kos yang sangat besar.
“Sudah pasti rakyat mahu tahu apakah kekayaan dan kemewahan luar biasa anak isteri perdana menteri itu datangnya dari ibunya yang kita tahu mengamalkan cara hidup yang mewah dan berprestij,” kata Fariz kepada Keadilandaily.
Namun menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, walaupun Jingga 13 sendiri sebelum ini telah beberapa kali membuat laporan kepada SPRM berhubung isteri perdana menteri itu, malangnya tidak satu siasatan pun yang dilakukan.
“Ini mengecewakan dan memberi gambaran ketidaktelusan SPRM.
“Dalam keadaan rakyat tertekan dengan kos hidup, keluarganya dan beberapa Menteri terus berbelanja mewah. SPRM perlu siasat,” tegas Fariz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58376
No comments:
Post a Comment