27 February 2014

PRK Kajang : Gelanggang jatuhkan Najib?

 | February 27, 2014
Mungkinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri?
Najib KajangKeputusan pilihan raya kecil (PRK)   Kajang tidak akan merubah lanskap politik Selangor dan negara. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kerusi Kajang adalah kerusi DUN. Jika Anwar Ibrahim menang sekalipun, dia hanya boleh jadi Menteri Besar Selangor bukan jawatan  Perdana Menteri.
Mungkinkah maksud kata-kata Muhyiddin itu. kerusi DUN Kajang seperti DUN Penanti, tidak begitu penting dan  BN boleh  tidak meletakkan calonnya dan memberi kemenangan walkover kepada PKR.
Tetapi BN mengambil keputusan untuk meletakkan calon MCA. Yang mengumumkan calon BN ialah Muhyiddin Yasin. Menurutnya, BN tidak boleh melepaskan peluang untuk menawan kerusi Kajang. Mutakhir ini, dua tokoh yang banyak membuat kenyataan mengenai PRK  ialah   Muhyiddin Yasin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir kelihatan  bersungguh-sungguh  menyerang Anwar Ibrahim. Tetapi dalam masa yang sama, orang yang rapat dengan  Mahathir,  iaitu Tun Daim Zainuddin dan sahabat rapatnya, Datuk A Kadir Jasin hampir setiap hari mengkritik dasar dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam politik,  Mahathir adalah seorang Machivellian yang sebenar-benarnya. Jika Machiavelli masih hidup hari ini, dia pasti terpukau dengan cara Mahathir mencatur langkah politiknya.
Matlamat  Mahathir  untuk terus berpengaruh dan mengekalkan legasinya dalam Umno dan negara. Jika Najib berjaya  dengan dasar-dasar barunya, dengan sendirinya legasi Mahathir dilupai. Tun Abdullah Ahmad Badawi cuba membuat perubahan dan keluar daripada kepompong  Mahathir tetapi dia gagal. Orang yang dipilih mendesak Abdullah berundur ialah Muhyiddin Yasin.
Mungkinkah sekali lagi Muhyiddin akan diperalatkan untuk menjatuhkan Najib?
Mahathir menganggap dasar ekonomi dan pendekatan politiknya adalah yang terbaik untuk Malaysia. Memang diakui selain melahirkan ramai bilioner bukan Melayu, dasar ekonomi Mahathir juga  melahirkan beberapa orang bilioner Melayu, tetapi bilioner Melayu yang tidak membantu bangsa Melayu dan bumiputera.
Tun Hussien Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 1981 untuk memberi laluan kepada  Mahahtir kerana dia yakin dengan political will  Mahathir yang kuat boleh menjayakan DEB yang berbaki sembilan tahun (1990). Tetapi  selepas 22 tahun menjadi perdana menteri, rakyat dapat  menilai samada DEB berjaya atau sebaliknya.
Barangkali dasar ekonomi Mahathir adalah yang terbaik di zamannya. Tetapi dasar yang baik 10 tahun yang lalu tidak semestinya  dasar yang baik untuk dilaksanakan pada hari ini. Saya membaca blog Mahathir mengkritik dasar-dasar ekonomi Najib.
Masalah Najib sebenarnya bukan dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Najib tidak pernah ada masalah peribadi atau dendam  dengan pemimpin-pemimpin itu.
Masalah Najib adalah dengan  Mahathir dan kuncu-kuncunya. Sebab itu setiap kali ada usaha mengujudkan kerajaan perpaduan atau usaha perdamaian,   Mahathir. orang pertama  mengeluarkan kenyataan menghalangnya. Usaha mengujudkan kerajaan perpaduan Umno-PAS  pernah dilakukan  Abdullah Badawi  juga dihalang Tun Mahathir.
Sepintas lalu jika diperhatikan kritikan terbuka dan serangan keatas Najib lebih hebat dan tersusun berbanding dengan serangan keatas  Abdullah Badawi. Pemain-pemainnya adalah orang yang sama menjatuhkan  Abdullah termasuk beberapa orang blogger pro Umno tetapi di bawah payroll  Yayasan Perdana. Menang benar jika dibuat  perbandingan keputusan PRU 2008 dan PRU 2013,  persembahan Najib lebih buruk daripada  Abdullah.  Jumlah kerusi BN yang dipertahan   Najib merosot menjadi 133 daripada 140. Tetapi harus ingat,  Pak Lah kehilangan empat  negeri, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Perak, manakala Najib menawan semula dua negeri iaitu Kedah dan Perak.
Seperkara yang amat tidak disukai Dr Mahathir bila  Abdullah enggan mengikut telunjuknya dan cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Abdullah katanya lebih mendengar nasihat budak-budak dari tingkat empat sebagai merujuk kepada anak  menantu Abdullah iaitu  Khairi Jamaluddin.Hari ini,   KJ  berada dalam kabinet Najib dan merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil pemimpin Umno  yang benar-benar kelihatan membela Najib.
Seperti  Abdullah,  Najib juga cuba keluar daripada bayang-bayang  Mahathir. Pada pemilihan Umno yang baru berlalu, Datuk Mukhriz Mahathir tidak mendapat sebarang undi daripada negeri Pahang.
Mungk FMinkah Kajang akan dijadikan makmal ujikaji  KPI Najib sebagai desakan beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri? Hanya Mahathir dan  Muhyiddin yang boleh memberikan jawapannya. - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive