02 March 2014

Budak Perempuan 9 Tahun Tinggal Bersama Anakonda

Print Skrin dari YoutubePrint Skrin dari YoutubeWARREN (Michigan): Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang taksub terhadap haiwan reptilia menjadikan rumahnya di sini sebagai tempat tinggal 30 spesies tersebut, lapor akhbar Miror News kelmarin.
Kanak-kanak berkenaan, Charming Krista tinggal bersama spesies reptilia seperti anakonda dan ular sawa sepanjang 3.6 meter selain mempunyai hobi memberi makan aligator yang dibela di kediaman keluarganya.
Ayah Krista yang juga seorang pakar ular, Jamie, 33, mula memperkenalkan ular pada Krista semasa usianya dua tahun.
Anak sulung daripada tiga beradik itu turut memuat naik beberapa klip video berhubung minatnya di laman perkongsin video YouTube.
"Semua orang takut pada ular tetapi saya menganggap ular sebagai haiwan yang menakjubkan.
"Saya bercita-cita untuk membina sebuah zoo kecil apabila dewasa kelak," katanya.- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive