12 March 2014

China guna 10 satelit untuk kesan MH370


Kementerian Pertahanan China kini menggunakan 10 buah satelit untuk mengesan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, menurut beberapa laporan.

Pusat Kawalan Satelit Xi'an di barat daya China memprogram semula satelit beresolusi tinggi untuk meninjau cuaca, komunikasi dan operasi mencari di kawasan pesawat Boeing 777-200 milik MAS itu yang didapati hilang.

Dalam pada itu, juruterbang dua buah pesawat dari Hong Kong telah menemui beberapa serpihan di perairan Vietnam kelmarin tetapi masih tidak pasti sama ada ia berasal daripada pesawat hilang tersebut.


Penerbangan MAS itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru.

Sementara itu, syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang Sabtu lalu.

Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia dalam laman web itu.

Pengurus kanan DigitalGlobe, Luke Barrington berkata, pakar algoritma laman web kemudian akan menyelidik objek yang ditanda itu yang mungkin mampu membantu penyiasatan pesawat tersebut.

Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu.-12/3/2014 - AD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive