12 March 2014

Jepun hantar pasukan bantu usaha cari MH370



Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) semalam bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.
  
Dalam kenyataan hari ini, Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur bagaimanapun berkata tiada penetapan dibuat tentang skop tugas pasukan itu atau tempoh perkhidmatan unit utamanya.
  
Namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
  
Menurut kenyataan itu, sebuah pasukan hadapan yang mengandungi lapan pegawai Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, Pasukan Pengawal Pantai dan Agensi Kejasama Antarabangsa Jepun berlepas ke Kuala Lumpur semalam.
  
Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada pukul 1.30 pagi, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
  
Walaupun operasi mencari dan menyelamat pesawat itu yang turut melibatkan negara asing memasuki hari kelima hari ini, namun ia belum dijumpai dan nasib penumpang serta anak kapalnya juga tidak diketahui.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive