09 March 2014

“HANTU KEDUA” DALAM PESAWAT MH 370 DIDEDAHKAN MIRROR UK

Saturday, March 8, 2014




Akhbar Mirror UK sekali lagi membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa terdapat penumpang kedua yang disenaraikan menaiki pesawat MH 370 sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut. Ini bermakna ada individu lain menggunakan paspot bukan miliknya menaiki pesawat terbabit.

Sebelum ini Mirror mendedahkan terdapat seorang penumpang menggunakan paspot yang dicuri menaiki pesawat MH 370. Terbaru seorang lagi yang disenaraikan oleh MAS sebagai penumpang pesawat muncul memaklumkan beliau tidak berada dalam pesawat tersebut.



Rakyat Austria, Christan Kozel mengesahkan kepada akhbar Austria, De Standard, bahawa beliau berada dalam keadaan selamat. Laporan ini disahkan oleh pihak berkuasa Austria.

Menurut Kozel paspot beliau pernah dicuri ketika beliau melawat Thailand dua tahun lalu.


Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar ItaliCorriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

"Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan)," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.

"Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.

Corriere Della Serra melaporkan bahawa ibu bapa Maraldi telah dihubungi oleh MAS tetapi mengatakan anak mereka tidak dalam pesawat yang hilang pada jam 1.30 pagi ini.

Ini diketahui ketika CNN melaporkan bahawa para pegawai Austria mengesahkan bahawa seorang warga Austria yang tersenarai sebagai penumpang, Christian Kozel, tidak menaiki pesawat MH370 dan pasportnya telah dicuri.

"Seorang warga Austria disenaraikan sebagai penumpang pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu tidak ada dalam pesawat itu, dan pasportnya telah dicuri dua tahun lalu, pegawai itu memberitahu CNN," demikian menurut ringkasan berita di lamanweb CNN.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, bagaimanapun, memberi amaran terhadap spekulasi yang berterusan.

"Bagi kami, ia hanya satu laporan.

"Kami sedang bekerjasama dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu...

"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi telah didapati tidak benar," katanya.

Ditanya jika ini boleh menunjukkan kemungkinan berlaku rampasan, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa " tidak menolak semua kemungkinan".

Pengawal trafik udara terputus hubungan radar dengan Boeing 777-200 di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam kira-kira 200 batu nautika di luar pantai Kota Baru ketika ia dalam perjalanan ke Beijing.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Pesawat itu yang dilaporkan hilang semasa terbang di atas Laut China Selatan juga merupakan penerbangan perkongsian kod dengan dengan China Southern Airline.- malaysiakini

Dua Individu Menyamar Menaiki Pesawat MH370 Yang Hilang
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga Itali, Luigi Maraldi yang namanya disenaraikan sebagai telah menaiki penerbangan MAS MH370 yang dilaporkan hilang pada Sabtu, sebenarnya tidak menaiki pesawat itu.
Dilaporkan terdapat individu lain menggunakan pasport Maraldi untuk menaiki pesawat.
Dia bagaimanapun masih hidup dan berada di Thailand untuk bercuti.
Pegawai Kementerian Luar Itali, yang tidak mahu dikenali, mengesahkan Maraldi membuat laporan mengenai pasportnya telah dicuri pada Ogos tahun lalu.
Menurut sebuah akhbar Itali, La Repubblica, Maraldi pulang ke negaranya selepas pasportnya dicuri dan membuat pasport yang baru.
Apabila pegawai mendengar pesawat yang hilang, mereka pergi ke rumah ibu bapanya tetapi diberitahu bahawa anak lelaki mereka masih hidup dan juga berada di Thailand, dan telah dihubungi dengan mengatakan Maraldi berada dalam keadaan baik.
"Saya baik, saya tidak menaiki penerbangan itu," katanya kepada ibu bapanya.
Akhbar harian London, Mirror melaporkan bahawa terdapat penumpang kedua dalam penerbangan juga menggunakan pasport yang dicuri.
Pihak berkuasa Austria mengesahkan bahawa Christan Kozel "selamat dan berada dalam keadaan baik. "
Kozel memberitahu akhbar Austria, De Standard bahawa pasportnya telah dicuri ketika melawat Thailand dua tahun lalu.
Bagaimanapun masih tidak jelas mengenai siapa yang menaiki pesawat MH370 menggunakan dua nama tersebut. - mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive