KUALA LUMPUR 17 MAC : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terkejut dengan tindakan Kerajaan Pusat yang mendiskriminasi mereka berhubung penjelasan kerajaan kehilangan pesawat MH370.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata beliau kecewa dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang masih bersikap bermain politik ketikamana negara dalam krisis kritikal.
“Kita terkejut kerana jemputan penjelasan kehilangan MH370 hanya diberi kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional.
“Ini adalah tragedi nasional dan semua ahli parlimen perlu diberi penjelasan,” kata Sim dipetik portalwww.fz.com.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata tindakan itu juga mencerminkan Kerajaan Pusat tidak telus dalam pengurusan krisis kehilangan MH370.
Hishammuddin dalam jemputan bertarikh 14 Mac menyatakan penjelasan itu dijadualkan esok pada jam 8.30 malam di Aloft KL Sentral.
Perkara itu juga dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memohon penjelasan Kerajaan Pusat berkenaan perkara itu seolah-olah cuba menyorokkan sesuatu.
1 comment:
apalagi mp pr pergi ake la taklimat tu tgu depan.pintu dan ajak semua reportrr dlm n luar negara buat liputan...br gempak....
Post a Comment