11 March 2014

'Mr Ali' Warga Iran Beli Tiket Untuk Dua Suspek Guna Pasport Palsu Di Pattaya




Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 11:31 PM

BANTUAN... Nelayan di kawasan perairan timur laut dan utara Malaysia diminta melaporkan dengan kadar segera apabila terjumpa atau ternampak objek "pelik" ketika keluar menangkap hasil laut. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Urusan perjalanan dua individu yang menaiki pesawat MH370 berlepas ke Beijing menggunakan identiti palsu dilakukan di pusat peranginan Pattaya dan dibayar secara tunai, menurut sebuah laporan.
Akhbar British, Financial Times memetik ejen pelancongan Thai yang menempah tiket untuk kedua-dua lelaki itu berkata dia diminta untuk menguruskan perjalanan oleh seorang kenalan warga Iran.

Benjaporn Krutnait, pemilik agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya dipetik sebagai berkata, warga Iran yang juga kenalan perniagaannya yang hanya dikenali sebagai 'Mr Ali' memintanya untuk menempah tiket pada harga murah ke Eropah untuk dua lelaki itu pada 1 Mac.


Benjaporn pada mulanya menempah tiket untuk salah seorang lelaki itu menggunakan penerbangan Qatar Airways dan seorang lagi dengan penerbangan Etihad.

Namun, tiket tersebut tamat tempoh apabila Benjaporn tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ali.

Ketika lelaki tersebut menghubunginya semula pada Selasa, Benjaporn menempah semula tiket menggunakan pesawat Malaysia Airlines menghala ke Beijing kerana ia tiket yang murah ketika itu.

Seorang rakan Ali membayar wang tunai kepada Benjaporn sebagai bayaran tiket tersebut.

Akhbar tersebut turut melaporkan tiada bukti sama ada Ali mengetahui dua lelaki tersebut menggunakan pasport curi.

Benjaporn berkata dia tidak percaya Ali ada kaitan dengan keganasan kerana dia tidak menyatakan penerbangan khusus Kuala Lumpur-Beijing tetapi meminta penerbangan murah ke Eropah, lapor akhbar itu.

Benjaporn dipetik sebagai berkata beliau mendedahkan perkara itu kerana prihatin mengenai spekulasi serangan pengganas dan mahu ia diketahui umum.- mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive