11 March 2014

Tragedi MH370 : Penumpang 'hantu' bukan pengganas

Oleh Amir Abd Hamid, Gaddafi Musli dan Muhammad Saufi Hassan
Sepang: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada dua individu yang menggunakan passport palsu untuk menaiki pesawat MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu itu dikenali sebagai Pouria Nur Mohamad Mehdrad, 19, dipercayai warga Iran yang ingin berhijrah ke German.
Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang dilapor hilang di Thailand oleh pemilik sebenar, sebelum ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.
Foto
Suspek warga Iran, Poria Nour Mohamad Mehrdad. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Sementara itu, di Lyon, Perancis, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble mendedahkan identiti individu kedua yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat MH370.

Individu itu dikenal pasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dan rakaman foto yang disiarkan Interpol menunjukkan mereka menaiki pesawat pada masa yang sama.

Mereka menggunakan pasport Iran untuk memasuki Malaysia sebelum bertuka dan menggunakan dokumen perjalanan curi milik warga Austria dan Itali, kata Nobel. - myMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive