15 March 2014

Tragedi MH370 : Polis geledah rumah juruterbang MH370


  • Reuters | 4:54PM Mac 15 2014
  • Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

    Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

    Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

    Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

    China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.- Reuters


Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.

Kapten Zaharie merupakan penyokong kuat parti keadilan rakyat (PKR) dimana ketua umumnya adalah Anwar Ibrahim. Masih terlalu awal untuk mengatakan juruterbang ini terlibat secara langsung dalam kehilangan pesawat MH370.

Banyak bukti yang mengesahkan bahawa pesawat ini memang dirampas oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh seorang yang mahir dalam pengendalian pesawat jenis boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan MAS.

Siasatan polis mampu merungkaikan segala kerumitan dan persoalan yang dihadapi selama ini. Yang pastinya dalang terhadap insiden ini akan diketahui tidak lama lagi.

Sementara itu difahamkan tiga anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

3 comments:

Anonymous said...

Episod DRAMA macam Lahad Datu Berulang Kembali.Konspirasi Kehilangan MH370 bakal melihat Zaharie Ahmad Shah BAKAL DIKAMBING HITAMKAN ATAS TUDUHAN MERAMPAS KAPALTERBANG.SEBAB PERANCANGAN KONSPIRASI NAJIB N THE GANG SEBELUM INI JLN CERITANYE LAIN TAPI TELAH TERSALAH CONGAK.UNTUK MEGELAK TERBOCORNYE RAHSIA KONSPIRASI NAJIB TERPAKSA BUAT PLAN KEDUA.AKU KATA BEGITU SEBAB KREW N PENUNMPANG MH370 MASIH HIDUP CUMA DISEMBUNYIKAN.KENAPA POLIS GELIDAH RUMAH ZAHARIE? MUNGKIN UNTUK MELETAK BUKTI PALSU UTK MEMAKSA ZAHARIE AHMAD SHAH ADALAH DALANG KEHILANGAN MH370.SO KORANG TUNGGUUUU EPISOD DRAMA SETREUSNYE...PERANCANGAN PERTAMA NAJIB MUNGKIN NAK KENAKAN SESEORANG MUNGKIN DSAI,MUNGKIN

Qaseh Bonda said...

Pi mai p mai anwar brahim. Fuyoo hebat permainan dia. sampai ke negara go head go stun depa dok cari, alih alih isteri kak wan juga depa berkenan.

Lawak sungguh. Buatlah asalkan bahagia namun Dia Maha Tahu apa yang apa direncanakan.

Anonymous said...

kepada yg pekomen anda hebat berkata2 seperti tin kosong tiada isi..puiihhhh!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive