08 April 2014

MH370...Debaran memuncak


Selepas hilang pada pagi 8 Mac lalu, 32 hari ekemudian, 8 April, baru pihak berkuasa yang menyiasat misteri kehilangan pesawat MH370 buat kali pertamanya guna kapal selam kecik bawah laut.

Kali ini ia bukan cari kosong, sebaliknya berdasarkan beberapa bukti yang cukup kukuh, bagi mengecilkan kawasan carian yang sebelum ini pernah menjangkau separuh dunia.

Kru kapal Australia mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datanynya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss, hari ni.


Truss yang memangku jawatan itu ketika Tony Abbott berada di luar negara berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21 hari ini.

Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut.

Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.


Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Kapten Mark Matthews berkata, isyarat yang dikesan oleh kapal HMAS Ocean Shield berada pada frekuensi 33.3 kilohertz (kHz).

Kotak hitam pada sebuah pesawat biasanya mengeluarkan isyarat pada frekuensi 37.5 kHz.

Bagaimanapun, para pengawai telah menghubungi pembuat kotak hitam berkenaan dan diberitahu bahawa isyarat boleh menyusut apabila menghampiri jangka hayat bateri.

"Kapal HMAS Ocean Shield kini cuba mengesan semula isyarat itu dan jika dapat dikesan, kru-kru akan menurunkan kapal selam kawalan jauh untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

"Kapal selam yang dikenali sebagai Bluefin-21 akan membuat satu peta sonar di kawasan isyarat dikesan dan jika mengesan sebarang serpihan, satu unit kamera akan merakam gambar," katanya.

Menurutnya, misi itu akan sukar kerana kapal selam berkenaan boleh beroperasi pada kedalaman maksimum 4,500 meter.

"Lokasi isyarat itu dikesan di satu kawasan berkedalaman kira-kira 4,500 meter dan ia bermakna Bluefin-21 boleh beroperasi," jelasnya.

Sementara itu, kawasan di mana para penyiasat mengesan isyarat ping yang dipercayai daripada MH370 juga merupakan tempat pesawat yang hilang itu memberikan isyarat yang tidak jelas, lapor The Daily Telegraph hari ini.

Laporan itu menyebut, hubungan terakhir dengan satelit (half-handshake) adalah saat di mana pesawat itu kehabisan minyak dan jatuh ke dalam lautan.

Kawasan itu sama dengan analisis yang dibuat beberapa hari lalu, di mana kawasan itu menunjukkan hubungan terakhir dengan satelit berlaku, katanya.

Ini disahkan selepas beberapa isyarat ping dikesan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi itu, di mana pihak berkuasa yakin ia petunjuk yang paling berwibawa sehingga kini dalam pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang hilang daripada radar 8 Mac lalu.

The Daily Telegraph melaporkan, penemuan ini membolehkan para penganalisis untuk merangka apa yang berlaku kepada pesawat itu, yang mereka yakini kehabisan minyak dan menghasilkan suasana kehabisan tenaga sehingga mengeluarkan "half handshake" (perhubungan dengan satelit) sebelum menjunam ke dalam air.

Pesawat MH370 yang membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.-8/4/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive