14 May 2014

Ahmad Said berani, jiwa ‘Robin Hood’


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dengan mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi Adun Bebas, Datuk Seri Ahmad Said telah sekali lagi membuktikan keberanian dan jiwa ‘Robin Hood’ yang ada dalam dirinya.

Bagi penulis Shahbudin Husin, Ahmad tidak akan membenarkan dirinya diperlekeh.

“Walaupun beliau meminta pertukarannya ditangguhkan untuk membolehkan kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei tetapi tidak dilayan oleh Najib sebagai punca alasannya mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, Ahmad Said jelas seorang yang berjiwa merdeka,” tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, para pemerhati Umno menyifatkan tindakan beliau itu wajar kerana selepas ini pun masa depan politiknya akan berakhir begitu saja.

Shahbudin juga mengimbau kembali Ahmad telah bertindak ala Robin Hood dengan membuka pintu sebuah van roti dan mengagih-agihnya kepada semua yang sedang kelaparan ketika banjir di Terengganu hujung tahun lalu.

Di ketika yang lain, ujarnya Ahmad juga membenarkan keretanya digunakan untuk membawa mangsa kemalangan jalanraya yang cedera parah untuk di bawa ke hospital tanpa menghiraukan kenderaannya menjadi kotor, dipenuhi kesan darah atau sebagainya.

Tambahnya, dalam isu bolasepak yang melibatkan insiden pukul-memukul dalam terowong di Stadium Larkin, Ahmad Said menunjukkan keberaniannya dengan mengecam FAM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah semata-mata kerana ianya melibatkan golongan istana.

“Beliau juga mencabar pemimpin FAM yang pro kepada istana agar meletakkan jawatan jika tidak berani bersikap adil,” tulis Shahbudin lagi. -HARAKAHDAILY 13/5/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive