Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 2:23 PM
Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata 'medal' itu ditemui pada pukul 11.30 malam Rabu, bagaimanapun kesahihan artifak itu masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
"Saya bersama pasukan saya akan pergi ke pulau itu petang Khamis untuk melihat sendiri medal itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.
Ditanya sama ada kontrak pencarian selama empat bulan diperoleh syarikat itu yang tamat pada pukul 12 malam Rabu akan dilanjutkan selepas penemuan tersebut, beliau berkata perkara itu akan ditentukan selepas segala urusan berkenaan penemuan medal itu selesai.
"Kita tengok sama ada benarkan syarikat itu teruskan atau tidak, pencarian syarikat itu tidak akan ganggu usaha pencarian syarikat kedua kerana lokasi pencarian dua syarikat ini berbeza," katanya.- mStar
2 comments:
mungkin medal yang dimenangi oleh atlit2 melaka semasa olimpik zaman2 roman dulu? Acara berenang kuak lentang 100 hasta?
yg ko carik bende2 burok tu nakwat ape? Baik ko carik Iphone 6....
Post a Comment