19 May 2014

Syed Mokhtar nak beli MAS pula?

alt

KUALA LUMPUR 19 Mei - Tokoh usahawan bumiputra Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dikatakan individu yang berhasrat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Berhad (MAS).

Sebelum ini, Syed Mokhtar telah 'melamar' syarikat tersebut namun usaha mengambil alih anak syarikat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tersebut walaubagaimanapun gagal.

Usahawan tersebut dikatakan boleh menyelamatkan syarikat penerbangan itu dari terus menghadapi kerugian disamping beberapa masalah yang dihadapi kini.

Menerui satu temubual oleh salah sebuah stesen televisyen arus perdana baru-baru ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman menyatakan seorang individu berpengalaman telah berhasrat untuk mengambil alih MAS.

Kata Abdul Aziz, keputusan tersebut kini terletak dibawah kerajaan pusat untuk melepaskan MAS dengan harga tertentu demi memastikan syarikat penerbangan negara kekal dalam kalangan pemain industri.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumukan MAS mungkin tidak dapat diselamatkan lagi dan bankrap juga mungkin dijadikan sebagai salah satu pilihan penstrukturan semula syarikat yang mengalami kerugian jutaan ringit saban tahun.

MAS dalam kenyataan mengumumkan prestasi kewangan suku pertama 2014 semalam berkata, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive