04 June 2014

DNA babi: Nak selamatkan syarikat atau umat Islam?


BASHIR ISHAK | .


ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan penjelasan tentang kekeliruan yang timbul ekoran pengumuman terbaru berkaitan dua produk coklat susu Cadbury Roast Almond dan Hazelnut disahkan tiada DNA babi.


Menurut Mahfuz, walaupun Jakim membuat mengesahan tersebut, sampel yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini adalah daripada pasaran, manakala yang diambil oleh Jakim pula adalah terus dari kilang seperti yang diumumkan oleh Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



"Kita mahukan penjelasan dari Jakim memandangkan terdapat kekliruan di sini. Kita mahukan kepastian bilakah trikh sampel itu diambil dari kilang, adakah selepas isu ini timbul bila Kementerian Kesihatan meembuat pengumuman terdapat DNA babi atau sebelum daripada itu lagi.



"Kalau sebelum terbit isu pendedahan dari Kementerian Kesihatan, ada kemungkinan kita boleh terima. Kita bimbang sekiranya sampel ini diambil terus dari kilang selepas isu ini timbul, sudah tentu kilang buat pembesersihan dan bila Jakim datang ambil sampel mereka akan berikan sampel yang bersih atau yang baru dan tiada DNA babi, perkara ini yang Jakim kena jelaskan," ujarnya pada sidang media di Markas PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.



Mengulas lanjut, Mahfuz juga mahukan penjelasan sama ada selepas pengumuman terbaru yang dibuat Jakim, maka Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan mereka sebelum ini.



Katanya, perkara ini penting kerana ianya akan terus menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam di negara ini.



"Bila Jamil Khir kata ada banyak makmal di negara ini dan hanya makmal kimia di Petaling Jaya yang diiktiraf Jakim, adakah Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan sebelum ini atau mereka mengatakan tidak ada DNA babi. Keraguan ini akan berterusan menghantui orang Islam, satu kata ada, satu lagi kata tak ada.



"Dikatakan samplel yang diambil di pasaran bend aitu telah tercemar, maknanya semua benda pun tak boleh dimakan. Takkan pencemaran itu boleh menembusi kertas pembalut (satu kertas dan satu lagi pembalut alumunium). Ini pun perlu diberikan penjelasan," katanya.



Mengulas kesediaan pegawai Jakim untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury itu bagi membuktikan status halal produk berkenaan, Mahfuz berkata perbuatan itu bukanlah cara terbaik untuk meyakinkan rakyat.



"Kalau nak meyakinkan rakyat, seharusnya Jakim dan Kementerian Kesihatan memberikan penghujahan yang munasabah, bukannya dengan cara demonstrasi makan sebegitu.



"Apa yang dibuat sekarang dilihat seolah-oleh Jakim ini lebih banyak nak tolong selamatkan syarikat terbabit daripada nak selamatkan umat Islam. Mereka kenalah hilangkan keraguan rakyat dengan memberikan hujah yang terbaik," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

2 comments:

XUMNO said...

Kalau pegawai2 Jakim nak adakan demonstrasi makan coklat Cadbury, pastikan kilang serahkan konsignment coklat yang dikatakan oleh makmal kimia KKM mengandungi dna babi kepada pegawai2 Jakim tersebut untuk mereka makan beramai2. jangan bagi sampel yang baru itu namanya menipu.

Anonymous said...

Nasib malang sungguh umat Islam Malausia nih, Jakim pun ada main ngan kompeni gak. Satu lagi Jakim kata hanya Jakim sahaj yang layak bab halal haram di Mesia nih, habis tu sport toto cam mana? dapat sijil HALAL Jakim ker? sajer jer tanyer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive