Sejak beberapa bulan lalu, nama model berbangsa Cina ini hangat diperkata ramai ekoran dia tampil berhijab dan menutup aurat.
Dan baru-baru ini Felixia Yeap membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengesahkan yang dia akan memeluk Islam.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menidakkan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.
Sementara itu, baru-baru ini terdapat poster Felixia yang dimuat naik di laman sosial Facebook yang menjadi tetamu undangan untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Ceramah yang diberi nama ‘Bicara Santai bersama Ustaz Zukifli Ahmad’ akan diadakan di Surau Al- Ittifaqiah Taman Kajang Impian, Kajang itu terbuka kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment