06 June 2014

Pelajar Islam di Gereja ... ini cerita sebenar


Siapa yang tidak terkejut melihat gambar yang papar wajah pemuda dan gadis macam Melayu terlibat dalam aktiviti keagamaan di dalam gereja.Sejak tersebar menerusi laman facebook sejak beberapa hari lalu ia mencetuskan pelbagai tandatanya.

Entah kerja mana pihak yang cuba cetus keresahan.

Namun kita boleh menarik nafas lega kerana sudah sah gambar itu bukan di Malaysia dan ada cerita sebenar disebaliknya.


Gambar-gambar bekenaan ialah dari Indonesia. Ia adalah lawatan mahasiswa Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Walisongo, Semarang ke gereja St.Fx.Kebon Dalem pada 31 Mei lalu.

Malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri telah mengesahkan gambar sekumpulan remaja beragama Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukannya berlaku di Malaysia.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.

“Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.


“Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Asmawati turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan sebarang bahan yang tidak sahih di laman sosial kerana ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraan awam

Menurut entri dalam Facebook asal yang menyiarkannya di Indonesia program mahasiswa itu dimulakan dengan penjelasan mengenai agama Kristian (Katolik) selain terlibat dalam upacara keagamaan mazhab tersebut.

Antara aktiviti lain yang dinyatakan semasa program itu adalah solat Maghrib untuk mahasiswa beragama Islam dan sesi dialog mengenai perbezaan antara agama Islam dan Kristian.

Gambar-gambar tersebut mula tersebar di laman sosial sejak minggu lalu, menunjukkan sekumpulan remaja Islam memegang lilin di dalam sebuah gereja.

Sementara itu, laman web www.pmiigusdur.com turut menceritakan lawatan sekumpulan mahasiswa beragama Islam ke gereja tersebut.

Menurut laman web itu, lawatan untuk mempelajari dan memahami kepercayaan agama Kristian Katolik sudah lama dirancang oleh mahasiswa fakulti tersebut.-6/6/2014 - AD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive