27 June 2014

Zul Nordin, jangan undang 13 Mei


Bekas pemimpin NGO Pendesak Melayu Melayu Zulkifli Nordin memberi amaran keras kepada Kristian "cauvinis dan ekstremis" supaya tidak menguji kesabaran umat Islam.

Menulis artikel berjudul "13-Mei 2.0?" dalam blognya, beliau berkata umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat- menghormati.

“Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi label apalagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

“Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa jika pihak Kristian yang melampau tidak menghentikan kenyataan berunsur hasutan dan provokatif mereka, pastinya “kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei”.



Sementara itu, Zulkifli yang tidak asing dengan kontroversi berkaitan agama Islam, mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balasnya terhadap mereka yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes penyiaran mingguan Katolik The Herald.

Beliau menegur langkah tidak menghormati keputusan itu sekali gus mengingatkan mereka bahawa Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang tertinggi.

1 comment:

Anonymous said...

Ini lagi sekor mamat yang suka bagi api perkauman agaknya dia ada ka masa kejadian 13 mei 69 tu ,agak dia nie masih duk dilaut hanyiar lagi ,iitulah sebabnya dia tau becakap saja,yang pehak berkuasa pula hanya dok diam bila orang mesera UMNO bercakap hal perkauman ini,cuba yang bercakap itu DAP ka PAS atau PKR yang berbangsa bukan melayu sudah tentu tindak sepastas kilat menyambar,cubalah bercakap pasal kelemahan kerjaan sama atau cara rakyat nak mengatasi kesulitan hidup harian ,kita mengaku peguam tapi tak ada otak untuk berfikir bagi menyenangkan keresahan rakyat, bodoh tak boleh diajar cerdik tak boleh di ikut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive