24 July 2014

Kiki #CDM25 dihukum kerana dia Melayu

Zainuddin mempersoalkan bagaimana reaksi akhbar-akhbar Cina, media sosial Cina, parti-parti perkauman Cina dan NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.
Kiki-Kamaruddin-ApologyPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tentang kejadian seorang wanita pembuli jalan raya, Siti Fairah Asyikin Kammaruddin yang dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan.
Asyikin atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Kiki juga dihukum melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan kerana mengetuk sebuah kereta yang menggesel dengan keretanya dengan menggunakan pengunci stereng.
“Kebetulan hal ini berlaku antara Melayu dan bukan Melayu dan mangsa ialah warga emas Sim Siak Heong.
“Kemalangan kecil ini menjadi hangat apabila video kebengisan wanita ini tersebar luas di media sosial dan semua kaum marah kepada Kiki dan simpati kepada Sim,” katanya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com.
Menurut Zainuddin, beliau mengucapkan tahniah di atas kepantasan pihak berkenaan membawa kes ini ke mahkamah dan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh.
“Namun saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar-akhbar Cina, media sosial Cina, parti-parti perkauman Cina dan NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.
“Tidakkah mereka akan menganggap hukuman itu sebagai bersifat perkauman kerana melihatnya sebagai suatu kes yang kecil sahaja,” jelasnya.
Tambah beliau, hal ini tidak mustahil berbangkit kerana sekiranya kita menimbangkan kes Beng Hock yang merupakan Setiausaha Politik kepada seorang Exco DAP yang telah disahkan oleh pihak perubatan sebagai membunuh diri masih dipersoalkan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang yang melabelnya sebagai pembunuhan.
“Lim Kit Siang telah bertanya kenapa tidak menangkap pembunuh Teoh dan dia telah mengecam Ketua Polis Negara yang mahu menyiasat beliau kerana memberikan gambaran Teoh dibunuh.
“Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki begitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil terhadap kes besar Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan,” ujarnya.
Zainuddin mempersoalkan adakah Ketua Polis Negara akan membiarkan siasatan ini dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan Peguam Negara untuk mengambil tindakan atau melewat-lewatkannya sehingga ia akan dilupakan umum.
“Ini adalah imej popular peguam negara,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Ini lagi sekor bangsa perkauman ,apakah jika terkena pada bangsa sendiri hendak suruh bangsa lain kata ha nasib kena pada bukan bangsa akau jika kena sebangsa dengan aku mampus orang melayu aku tulis dalam surat khabar, apa jenis bekas menteri ini, dia lebih suka akhbar menyebarkan suasana perkauman dari susana harmoni sedar wahai mamak maidin dinegara kita ini bangsa bukan melayu lebih cerdik dari melayu sebab itulah mereka tidak respon pun dengan apa yang diapi-apikan oleh NGO-ngo bangsa melayu yang tak sedar diri itu, dan ada juga sebahagian orang melayu bodoh terpengaruh dengan hasutan,itulah juga sebabnya jika dilihat hari ini anak-anak muda yang sedah cerdik IT tidak lagi mahu condong kepada UMNO kecuali segelintir yang gagal dalam kehidupan mereka, sedarlah bila kita bercakap jangan tidur yang tidak mahu bangun dipagi hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive