KUALA LUMPUR: Mengenakan hukuman kepada pemberi sedekah kerana membantu peminta sedekah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.
Menurut seorang penceramah bebas Abdullah Hanif Hassan, peminta sedekah akan wujud sepanjang zaman dan akan ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.
Malah katanya, peminta sedekah sudah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehinggalah sekarang.
"Sebab itulah hieraki manusia yang Allah jadikan iaitu ada yang paling kaya dan ada yang paling merempat yang mana satu hari makan pun tidak cukup," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah petang ini.
Tambahnya, kedatangan orang Islam bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan jurang antara golongan yang merempat dengan golongan yang paling kaya melalui sedekah iaitu zakat dan infak.
"Maksud Islam itu sendiri adalah sedekah dan sedekah itu memberi, bahkan ada yang wakafkan zakat-zakat mereka. Sedekah digalakkan untuk orang yang memerlukan," katanya.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, pemberi sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.
Katanya, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.
"Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.
"Langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara," katanya. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

3 comments:
Hanya di Malaysia.
Memberi sedekah akan dikenakan hukuman. Penyamun dan perompak bebas sebab negara diperintah oleh malaun....
Pengubal undang-undang yang tidak faham apa itu sedekah dan pemberi, itulah sebabnya duit zakat tidak sampai ketangan asnaf yang patut menerima ,lagi pula apakah kerja jabatan kebajikan yang telah diperuntukan sejumlah wang membantu yang memerlukan , silapnya kerajaan memberi 1BRIM telah terkeluar dari matlamat yang tidak sepatutnya menerima diberikan wang tersebut dan subsidi juga begitu,dan sekarang pemintak sedekah dan pemberi pula digubalkan undang-undang untuk diambil tindakan,apakah kerajaan telah kehabisan duit untuk mentadbir negara hingga peminta sedekah juga akan didakwa dimahkamah,undang-undang hutan untuk monyet dan lutung saja boleh digunapakai
SAYA RASA KITA KENA FAHAM DENGAN APA YG DINYATAKAN DAN INGIN DISAMPAIKAN. DIMANA BERSEDEKAH TIDAK SALAH. NAMUN BAGI MEMBASMI PEMINTA-PEMINTA SEDEKAH JADI INI ADALAHS ALAH SATU CARANYA. RAKYAT MALAYSIA TERLALU PEMURAH UNTUK MEMBERI KEPADA PENGEMIS2 YANG MANA KEBANYAKKAN PENGEMIS BERLATAR BELAKANG PENDAPATAN YANG SANGAT MEWAH. LEBIH MEWAH DARI SEORANG YANG BEKERJA DARI PAGI SAMPAI KE PETANG DI PEJABAT. KITA ORANG BIASA HANYA LIHAT DARI SEGI LUARAN. KITA TIDAK MENGKAJI. BERSEDEKAH DI MASJID ATAU TEMPAT2 YANG BETUL TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN. CUBA FAHAM DAN TAK PERLU DIPERTIKAIAN SEMUA BENDA DAN FIKIR RASIONALNYA.
Post a Comment