15 August 2014

4 Exco PAS kekal kabinet MB bagi pertahan sumber kewangan Selangor jatuh ke Umno

SHAH ALAM 15 OGOS: Exco Hal Ehwal Islam, Sallehen Mukhyi mempertahankan tindakan kekal dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri dan rizab simpanan RM3.2 bilion.
Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng terakhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)“Orang ramai patut tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi,” kata Sallehen dipetik Malaysian Insider.
Empat exco itu adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.‎
Sementara itu, Exco PAS Dr Halimah Ali berkata tiada semua yang matang membuat keputusan dalam isu Menteri Besar kerana perkara itu memerlukan kajian dan bukan keputusan terburu-buru.
“Perkara yang kecil mungkin tidak akan memberi impak yang besar, tetapi perkara yang melibatkan massa, perlu penelitian, perlu dapatkan sumber yang sahih dan lebih banyak sudut.
“Terlajak perahu boleh diundur terlajak buat berzaman padahnya,” kata Dr Halimah dipetik dari Facebooknya.
EZY

1 comment:

Anonymous said...

apa exco boleh buat? mamat tu jual air pd pusat u all halang ke? mamat tu jual Tanah pd adik si tan tu u all halang ke? mamat tu jual kidex u all halang ke?

kalau nak dunia tu kata aje. mungkin kalau letak jawatan ada instalment yg tak boleh byr kot?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive