15 August 2014

Dewan ceramah kosong, kereta Wan Azizah patah balik


15 OGOS: Ceramah atau road show PKR bagi menjelaskan kenapa menteri besar Selangor perlu ditukar di Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam malam tadi sepatutnya meriah dan dipenuhi orang ramai.
Ini kerana Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sebelah paginya mengadakan sidang media memaklumkan mendapat sokongan majoriti 30 Adun-Adun Selangor termasuk dari PAS yang menyokong beliau sebagai menteri besar.
Malangnya, seperti disiarkan di laman soal Facebook dan blog-blog hari ini, hanya kerusi yang banyak kosong di dewan tersebut manakala yang hadir dikatakan tidak sampai 30 orang.
Wan Azizah dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang dijadualkan hadir tidak muncul-muncul.
dewankosong
Sunyi…dewan ceramah PR di Dewan Sri Bernam
Hanya Adun DAP Sekinchan Ng Swee Lim hadir.
Pelik juga kerana kawasan Sabak Bernam antara kubu kuat pakatan rakyat (PR) khususnya PAS yang bertanding dua kerusi Dun manakala PKR bertanding kerusi Parlimen meletakkan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari tetapi tewas.
PAS pula hanya menang di DUN Sabak melalui Sallehin Mukhyi yang kini dilantik exco kerajaan negeri Selangor.
Sepatutnya, tentu ramai hadir untuk dengar ceramah khususnya oleh Wan Azizah, calon menteri besar.
Namun, dengar cerita, kerana dewan kosong, kereta yang bawa Adun Kajang itu patah balik sebaik tiba di Kuala Selangor.
Khabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pun ada sama.
Sebab itu, hingga habis majlis malam tadi, Wan Azizah dikatakan tidak muncul-muncul.
Ini tentu tamparan hebat ke muka Wan Azizah dan PKR.
Bagaimanapun, Presiden PKR itu yang mengakui dapa sokongan 30 Adun tetapi gagal menarik sokongan rakyat menghadiri majlis tersebut.
Sebab itu, sudah ramai rakyat Selangor bercakap mengenai kemelut PR Selangor.
Isu sebenarnya bukan soal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu lepas jawatan atau UMNO jadi dalang.
Pemimpin PKR dan DAP nampaknya masih ‘buta’ berdepan isu ini.
Kemelut ini mudah penyelesaiannya jika PKR menamakan calon lain, bukannya Wan Azizah, punca PAS menolak pencalonan beliau.
Cuma PKR ganti dengan orang lain, PAS tentu setuju.
Istana juga mungkin tidak ada masalah jika calon menteri besar seorang lelaki.
Dalam hal ini, PAS tidak gila kuasa kerana walaupun lebih kerusi, parti itu masih menyerahkan jawatan menteri besar kepada PKR.
Tentu yang gila kuasa adalah Anwar kerana berkeras mahu Wan Azizah jadi menteri besar.
DAP pula, memang tidak gila kuasa kerana mereka tiada Adun Melayu boleh dicadangkan tetapi parrti itu takut hilang kuasa sokongan PKR dan PAS untuk menawan Putrajaya.
Itu sahaja penyelesaiannya jika PKR mahu. Bukan Wan Azizah tetapi calon lain.
Jika tidak, PKR dan DAP kena tunggu Khalid mohon perkenan Sultan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Sekiranya, 17 Ogos ini, PAS terus menyokong Khalid, beliau tentu tidak akan berbuat demikian.
Pilihan lain, PKR dan DAP kena tunggu sidang DUN pada November nanti.
Mereka boleh kemukakan usul tidak percaya kepada Speaker Hannah Yeoh daripada DAP dan bolehlah semua Adun buat pilihan mahu sokong Wan Azizah atau Khalid.
Cuma dikhuatiri, Khalid akan menamatkan tugas Speaker sekarang dan menggantikan dengan orang lain dengan bukan Adun 

3 comments:

Anonymous said...

kan kawasan PAS..

Ridd said...

Rakyat dah bosan dgn PAS dan PKR. BAGUS LAH TU.....UMNO MENUNGGU TARIKH DAN WAKTU PALING SESUAI UNTUK MENGAMBIL KUASANYA KEMBALI. TUNGGU GROUP UG BAGI ISYARAT SAJA.

Anonymous said...

Kalau perhatikan betul2, selepas pru13, yg banyak isu dan krisis adalah PR. BN sekarang ni nampak jauh lebih baik dari dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive