10 August 2014

Alasan tidak tepat, nota 91 halaman terbukti hilang kredibiliti


Oleh : AFEEQA AFEERA
KUALA LUMPUR, 10 OGOS: Nota 91 halaman yang disediakan pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ‘salah laku’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap ‘hilang krebiliti’ berikutan alasan yang dinyatakan di dalam dokumen berkenaan tidak tepat.
Kenyataan itu adalah merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta yang didakwa membabitkan perbincangan antara Abdul Khalid bersama tokoh korporat, Tan Sri Rashid Manaf sebagai orang tengah.
Mengulas dakwaan itu, Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Abdul Khalid dan Rashid seperti yang dilaporkan kononnya berlaku sejak Januari tahun ini.
khalid-dun-51Katanya, perkara itu dinafikan sendiri Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Bidin sebaik sahaja dokumen itu didedahkan secara terbuka oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini.
“Kami di pejabat Menteri Besar Selangor bertanyakan terus kepada Azman sama ada betul atau tidak berlaku pertemuan untuk membincangkan pelupusan hutang Bank Islam dan beliau menafikan ada menyebut berlakunya perjumpaan dan perbincangan tentang perkara itu.
“Maknanya nota 91 halaman yang disediakan secara susah payah ini langsung hilang kredibiliti apabila sumber paling utama sendiri menafikan bahawa berlaku perjumpaan sulit atau khusus untuk membincangkan penyelesaian hutang Bank Islam,” katanya.
shaznihqdefaultBeliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.
Shazni berkata, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Saifuddin terhadap Abdul Khalid perlu dipandang serius berikutan maklumat dan data yang diperoleh sama sekali tidak sahih.
“Rashid Manaf tidak berjumpa Abdul Khalid untuk membincangkan soal hutang. Ini bermakna Saifuddin hanya membuat satu tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu,” katanya.
PKR sebelum ini mendakwa Abdul Khalid terbabit dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri Selangor.
Urusan jualan itu berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Abdul Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.
Urus niaga berjumlah ratusan juta ringgit itu didakwa memberi keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama.
PKR turut mendakwa urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac lalu, selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Abdul Khalid pada Februari lalu.
-NFN-

1 comment:

Anonymous said...

Kan dah di beri masa untuk tunjuk sebab.Dah kena tendang dari PKR baru na guna media utk membela diriù

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive