Khalid Ibrahim ini jurus dan 'taici' politiknya lagi haru punya cerita... Ini kalau tak kena gaya boleh masuk dalam The Malaysia Book of Records... ahli politik pertama buat laporan SPRM pada diri sendiri...
Jika semalam PKR sibuk keluarkan dokumen 91 muka surat cerita itu ini, konon nak londeh Khalid berkaitan rasuah dan salahguna kuasa beliau.
Tengah hari Rabu, Khalid hantar Ketua Setiausaha Sulit MBSelangor (beliau) buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan kertas siasatan dibuka terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukannya oleh beberapa pemimpin PKR.
Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, calon ketua pemuda PKR Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan ahli PKR.
"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar.
"Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serah kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasib kepada pemberita di Shah Alam.
Beliau berkata, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa Saifuddin.
"Menteri besar sekarang ini yakin tidak melakukan kesalahan, jadi saya rasa perkara ini perlu," katanya.
Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini juga gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM, dan atas inisiatif sendiri pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.
"Pihak yang membuat dakwaan hingga hari ini tidak membuat laporan kepada SPRM,"
Taici Khalid ini jurusnya tinggi dari jurus Anwar Ibrahim... sebab hari ini pegawai-pegawai Anwar terkedu barangkali... berapa lama masa dihabiskan untuk siapkan 91 muka surat itu, berakhir dengan satu laporan SPRM ke atas diri sendiri. Checkmate.-6/8/2014
No comments:
Post a Comment