27 August 2014

Khalid Dakwa PKR, DAP Keluarkan Kenyataan Tidak Tepat



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengeluarkan kenyataan media tidak tepat bahawa kedua-dua perti itu telah mengusulkan satu nama sebagai calon menteri besar negeri itu kepada Sultan Selangor pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas kenyataan bersama PKR dan DAP yang menyifatkan tindakan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Hal ini kerana jelas Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Terdahulu, PKR dan DAP tetap bertegas akan mengemukakan nama Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor walaupun Tuanku  menitahkan setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mencadangkan tidak lebih dua nama calon menteri besar. - mStar 27/8/14

MS : Kenapa PKR & DAP perlu berbohong?  Korang fikir la  sendiri ....
Berita selanjutnya menyusul.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive