11 August 2014

Khalid: Sultan perkenan saya kekal MB

Khalid mengangkat ibu jari sebagai respon hasil pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istan Alam Shah di Klang, Isnin

TERKINI  SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan kekal sebagai menteri besar Selangor buat masa ini diatas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya telah menghadap Tuanku pada pagi tadi di Istana Alam Shah untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai menteri besar Selangor selepas pemecatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Justeru, Tuanku berpuas hati dengan penjelasan tersebut dan memperkenankan saya untuk terus memegang jawatan sebagai menteri besar," katanya.



Sultan Selangor, Sultan SharafuddinIdris Shah (kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive