EPISOD krisis politik di Selangor kini dilihat semakin rancak dengan pelbagai isu berlaku dalam tempoh kurang 24 jam.
Nampaknya, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus merampas kedudukan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu melalui pelbagai liku dan mungkin akan ‘berkubur’ dipertengahan jalan.
Terbaharu, selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk terus memimpin tampuk pimpinan Selangor, Abdul Khalid dengan tegas dilihat memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP atas alasan mereka cuba menghadkan kuasa menteri besar.
Lebih malang berlaku kepada parti PKR ialah cubaan presidennya, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan mengenai isu berhubung pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa Sabtu lalu tidak diperkenan oleh baginda.
Menambahkan lagi gusar kepada parti pembangkang itu apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh portal berita baru-baru ini sebagai berkata, kerjasama Pakatan Rakyat (PR) boleh berakhir sekiranya PAS gagal menyatakan sokongan terhadap peralihan kuasa menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid kepada presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.
‘Drama’ arena politik ini mungkin masih lagi panjang namun tidak siapa mampu menduga apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah PKR akan terus mendabik dada atau ada dalam kalangan mereka yang akan mengangkat ‘bendera putih’ sebagai tanda menyerah kalah?
PKR Menghadapi Konflik dan Terdesak

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, MalaysianDigest (mD) berkesempatan menemubual penganalisis politik negara yang menyifatkan keadaan parti PKR kini berada dalam kemelut permasalahan yang besar.
Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat, tiga perkara utama yang membelenggu parti tersebut kini adalah; konflik dalam parti tersebut, mencari formula untuk menyelesaikan masalah menteri besar serta sedang memikirkan usul tidak percaya terhadap Abdul Khalid.
Beliau ketika dihubungi mD tidak menolak kemungkinan konflik yang timbul dalam parti tersebut boleh mengakibatkan perpecahan dalam kalangan parti PKR.
“Pertama saya berpendapat, perasaan tidak berpuas hati dengan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (boleh mengakibatkan Ahli Dewan Undangan keluar parti). Dan kedua, tidak semua dalam kalangan ahli PKR itu setuju dengan perlantikan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi mengantikan Abdul Khalid.
“Jelas dalam hal ini, di mana ada yang memihak kepada Anuar Ibrahim (mencalonkan Wan Azizah sebagai menteri besar) dan ada juga yang menyokong Abdul Khalid. Oleh itu, saya melihat PKR bakal mengalami perpecahan sekiranya wakilnya mengikut jejak langkah menyokong Abdul Khalid,” katanya.
Kuasa Menteri Besar Tentukan Nasib Exco

Mengikut artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Negeri memberi kuasa kepada menteri besar untuk menasihati Exco supaya meletak jawatan sebelum mengemukakan cadangan kepada Sultan.
Dalam senario ini, enam Exco DAP dan PKR telah dipecat oleh Abdul Khalid kerana mengeluarkan kenyataan bersama dengan membuat pendirian mahu menghadkan kuasanya daripada membuat sebarang keputusan dalam mesyuarat Exco.
Mengulas mengenai perkara itu, Atory berkata, ia bergantung kepada kedudukan menteri besar dan sejauh mana sokongan enam Exco tersebut kepada Abdul Khalid.
Tambahnya, Exco tersebut boleh memilih untuk terus kekal dengan pendirian atau menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid (namun Abdul Khalid bertindak memecat mereka).
Sehingga kini, empat Exco yang kekal adalah daripada PAS iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi.
Bonus Kepada Barisan Nasional (BN) Jika Abdul Khalid Sertai Mereka
Jelas Atory lagi, situasi sekarang menampakkan Abdul Khalid mempunyai banyak pilihan samada ingin memilih antara PAS dan BN atau kekal sebagai ADUN Bebas.
“Saya melihat dalam senario kini, jika parti PKR masih boleh bertahan (tanpa perpecahan) dan mempunyai sokongan, elok jika Abdul Khalid memilih PAS.
“Namun jika kepimpinan PKR sudah tidak kuat lagi, terpulang kepada beliau untuk menyertai BN atau sebaliknya. BN akan menerima faedah yang besar sekiranya Abdul Khalid memilih untuk menyertai mereka dan begitu juga dengan Khalid - diangkat ke tahap yang lebih tinggi serta dapat menyelamatkan Selangor daripada dikuasai oleh musuh ketat BN, Anuar Ibrahim,” ujarnya.
PKR - Politik Napotisme

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju berkata, sehingga kini segala tuduhan yang dilemparkan oleh PKR kepada Abdul Khalid masih tidak dapat dibuktikan dan (selepas pemecatan Exco ) mungkin akan bertambah wakil PKR yang akan berhijrah ke parti lain atau menjadi ADUN Bebas.
“Ini bukti jelas PKR main politik nepotisme, mereka hanya bersama untuk mendapatkan kuasa seseorang sahaja. Boleh nampak pemimpin PKR dan DAP di kalangan keluarga mereka.
"Secara jelas kita nampak apa yang berlaku kini tidak sama dengan perjuangan asal. Jadi, ahli akan rasa kecewa dan putus asa kerana ini hanya mainan politik bermusim bukannya politik untuk rakyat,” jelasnya.
Napotisme dalam bahasa kamus memberi maksud situasi dimana mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang mempunyai hubungan dan bukannya berdasarkan keupayaan atau kesesuaian untuk memimpin satu-satu jawatan.
Kerajaan PAS Selangor Telah Wujud
Manakala Bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, kemelut politik yang berlaku di Selangor ekoran pemecatan Exco DAP dan PKR secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah kerajaan baharu dibawah pimpinan kerajaan PAS.
Katanya, kedudukan menteri besar yang sah disisi undang-undang setelah diperkenan oleh Sultan menjadikan keputusan pemecatan keenam-enam ( Exco PKR, Rodziah Ismail masih berada di luar negara) Exco tersebut adalah sah.

“Dari segi kedudukan Selangor, kerajaan pakatan rakyat (DAP dan PKR) sudah tidak wujud dan apa yang berlaku sekarang secara tidak langsung, sebuah kerajaan PAS sudah terbentuk di Selangor kerana majoriti Exco adalah ADUN PAS.
“Exco yang enggan mematuhi arahan (pemecatan) boleh dikenakan tindakan undang-undang serta dianggap menceroboh sekiranya mereka masih berdegil untuk terus memasuki pejabat serta segala kemudahan yang diberikan kepada mereka (kenderaan, rumah) perlu diserahkan kembali.
“Andaian saya juga menjangkakan PKR sendiri akan berpecah bukan sahaja di negeri Selangor malah diperingkat nasional kerana ramai ahli PKR yang mengeluh ekoran kerakusan Anuar Ibrahim dalam memenuhi agenda peribadi dan bukannya bermatlamatkan parti,” tegasnya ketika dihubungi oleh mD.

- mD
No comments:
Post a Comment