10 August 2014

Saya harap Khalid Ibrahim merayu - Khalid Samad

Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.
Khalid Samad bercakap kepada media semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau masih terkejut dengan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR dan menganggap keputusan itu sebagai mendadak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2014.
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menunjukkan simpati terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menasihatinya membuat rayuan kepada PKR supaya keahlian dalam parti dikekalkan.
Menyifatkan keputusan PKR itu sebagai mendadak, beliau berkata Khalid masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta semalam.‎
"Saya pun masih terkejut dengan pemecatan Khalid daripada parti. Keputusan tersebut mendadak.
"Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak, hari ini.
Khalid  berkata, ‎pihaknya bagaimanapun tidak akan masuk campur isu dalaman PKR dan akan menunggu keputusan rasmi mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kita tunggu sampai 17 Ogos ini, tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat daripada parti sebab sebelum ini Majlis Syura tidak mendapat keputusan atau laporan penuh berhubung isu ini," katanya.
Khalid Samad sebelum ini secara terbuka sering mengeluarkan kenyataan mengkritik Khalid ekoran kelemahan pentadbirannya menangani isu di Selangor.
Antaranya rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kenaikan cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melampau, selain mempertikaikan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
PKR semalam memecat Khalid kerana enggan patuh arahan parti supaya memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan kerusinya sebagai ketua eksekutif negeri Selangor.‎
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid ingkar keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sepakat bersetuju pada 21 Julai lalu melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.
"Beliau buat kenyataan pada 22 Julai tidak akan meletakkan jawatan dan hingga hari ini beliau masih belum meletak jawatan.
"Atas alasan ini, Lembaga Disiplin berpandangan beliau mesti dipecat," katanya.
Namun, Tan berkata Khalid ‎diberi peluang 14 hari mengemukakan rayuan sebelum membentuk satu jawatankuasa khas meneliti rayuan terbabit.
"Khalid mempunyai tempoh rayuan 14 hari daripada pengumuman dan jawatankuasa khas dibentuk bagi rayuan itu," katanya.
Majlis Dewan Diraja Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan kedudukan Khalid sama ada perlu dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mengiktiraf tugas Khalid sehingga ‎akhir penggal.
Khalid dalam kenyataannya berkata, beliau menerima keputusan itu walaupun berpendapat tindakan PKR salah dan tidak mengikut perlembagaan parti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR kerana memecatnya tanpa diberi peluang untuk mengemukakan penjelasan kepada Lembaga Disiplin parti.
"Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin diambil pada masa akan datang," katanya. – 10 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-harap-khalid-ibrahim-merayu-kata-khalid-samad#sthash.lmE2HxlH.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa tidak masuk UMNO saja yang penuh hipokrit tu. Bab belum dilanda krisis dihentam dan hina oleh UMNO bila dah ada masalah umno juga yang dok sokong. Buat rakyat parti PAS tidak harus menyulitkan keadaan, apakah PAS suka rakan gabungan masuk campur hal dalaman PAS. Hormat dan sentiasa sokong sebagaimana rakan lakukan. Jangan ingat kita kuat kerana iblis dan setan akan sentiasa mecari pelung menyesatkan kita. Begitulah UMNO akan mengambil kesempatan, bila agenda mereka dah tercapai, yang cub dibaiki akan ditendang macam sampah. Itulah sifat UMNO berlagak macam tuhan, serba serbi mereka boleh nak kontrol untuk kepentingan diri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive