06 September 2014

Hadi dedahkan kenapa beliau tidak terima Wan Azizah jadi MB Selangor

Hadi: Tolak Wan Azizah kerana soal kebolehan

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tentangannya ke atas cadangan untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor bukan disebabkan faktor jantina.

Sebaliknya, ia berdasarkan faktor kebolehan presiden PKR tersebut, katanya dalam satu taklimat kepada sekumpulan penyokong parti di Marang semalam.

“Jadi yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor itu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu.



“Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor.

“Itu yang sebenarnya, bukan dengan sebab dia perempuan,” kata Abdul Hadi lagi.

Rakaman video ucapannya dimuatkan di Youtube.

2 comments:

Anonymous said...

Lepas ini jangan timbul alasan edar pil kuda pula.

bat8 said...

Tuan

Abih orang yang kuat, hebat mengapa hanya mampu me jadi MB Terengganu sepenggal je. Lepas lingkup.

Dia cakap DSWA lemah. Lemah dalam menghadapi problem pentadbiran yang macama a? TGHH kena cerita sebab dia pernah jadi MB. DSWA pun nak jadi MB.Jangan sebab kita lemah, kita buat kesimpulan orang lain pun lemah.

Sekarang ni siapa yang tak setuju? TGHH ke MSU? Tetapi boleh terima ke akal kerana sebab ini TGHH dan UGnya bertindak membelakang dan buang kelaut perlembagaan PAS?

Jangan cuba tutup bangkai gajah dengan sehelai rumput. Takkan berjayaaaa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive