04 September 2014

Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor adalah tidak benar kata Mustafa Ali

PAS menafikan laporan The Star Online hari ini yang mengatakan parti Islam itu menghantar tiga nama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka di Selangor untuk dilantik sebagai menteri besar (MB).  

Menurut Datuk Mustafa Ali, laporan portal berkenaan tidak benar dan cadangan menamakan tiga exco berkenaan kepada istana Selangor dibatalkan.

"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," kata setiausaha agung PAS itu kepada The Malaysian Insider. 

Berikut adalah laporan yang dimaksudkan itu
...

PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.  
Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.  
Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini.  
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.  
Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya. 

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.  
PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana ~ mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive