03 September 2014

PAS rugi keluar Pakatan: Subky Latif 'sekolahkan' Mat Taib

Jika Tan Sri Muhammad Mohd Taib tak berapa perasan Subky Latif, dia bekas pengarang Utusan zaman Tun Razak dan masuk PAS tidak lama lepas Perdana Menteri kedua itu meninggal dunia.
Sejak itu hingga kini, beliau merupakan 'hujung tombak' dalam gerakan propaganda PAS terutamanya melalui tulisan.
Pengasas akhbar Harakah dan kolumnis yang 'berjihad' melalui tulisan dalam PAS. Perngaruhnya dalam PAS bukan calang-calang dan jika Mat Taib nak cuba, bolehlah...
Berikutan kenyataan Mat Taib baru-baru ini kononnya PAS akan rugi besar jika keluar Pakatan Rakyat (PR) Subky pada Rabu menulis dalam kolumnya di Harakahdaily membidas 'penyapu baru' PAS itu.
Kata Subky, jika PAS terkeluar daripada PR atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
"Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja," tulisnya.
Menurutnya, sebahagian daripada undi Melayu masih bersama UMNO. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
"DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu UMNO memang tidak menyokong DAP.
"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.
"Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri," sindir Subky.
Jelas Subky lagi, punca semua masalah ini adalah Langkah Kajang yang disifatkan beliau bukan sahaja hendak membuang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga "sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan."
Subky yang pernah jadi calon PAS lawan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kubang Pasu dalam pilihanraya umum tahun 1999, dengan sinis memberitahu, PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah.
"Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya," katanya.
Mengenang semula sejarah lama, kata Subky sebelum PR wujud, "semasa Anwar masih dalam UMNO, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan.
"Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.
   
"PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ,"kata beliau.
   
Itu semua menurut Subky, adalah minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.
   
Beliau mengakhiri tulisannya dengan penegasan bahasa PAS tidak berganjak daripada PR.
"Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya..."katanya.
31 Ogos lalu, Mat Taib sahaja yang kini ahli PAS secara terbuka mengingatkan parti itu 'nyawanya' di Selangor banyak bergantung kepada pengundi Cina.
Menurutnya jika PAS keluar dari PR parti itu akan kalah 10 kerusi Dewan Udangan Negeri di Selangor jika pilihanraya diadakan.
Pada pilihanraya umum ke 13 PAS menang 15 kerusi di Selangor yakni sama banyak dengan DAP.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi,"katanya.
“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya negeri di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam.
PAS berulang kali mengatakan mereka akan kekal dalam PR, walaupun beberapa pemimpin PAS pro Anwar yang digelar Anwarinas cuba mengertak-gertak kononnya ada usaha peringkat tertinggi dalam PAS mahu keluar daripada PR.
PR merupakan gabungan pembangkang yang dibentuk selepas PRU ke 12, gabungan sebelum itu Barisan Alternatif (BA) 'hancur' kerana DAP menarik diri selepas kalah pilihanraya.-3/9/2014

3 comments:

Anonymous said...

Banyak sangat theory.Di mana PAS sebelum bergabung dgn PKR dan DAP?.

DAP nampak nya akan kekal di Penang dan boleh ganti Gerakan atau MCA.

PAS akan kekal hilang Tganu dan Kedah dan terkial kial mengekalkan Kelantan.

Semua berusaha dgn theory dan tactic masing utk berkuasa.

Tapi yg sedih parti PAS, yg konon berteras agama yg di pimpin ulama dah di confirm penipu, pembelut dan tukang fitnah.

Mat Bani said...

Perkara ini jelas. Ada 2 senario yang akan berlaku jika PAS keuar dari Pakatan Rakyat.
Senario 1, PAS keluar dari Pakatan Rakyat tetapi tidak menyertai UMNO. Di dalam senario ini, yang paling untung adalah UMNO dan PAS dan Pakatan Rakyat akan sama-sama rugi. Ini adalah kerana setiap kerusi Melayu akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru dan sudah tentunya UMNO akan menang.
Senario 2, PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bertahaluf dengan UMNO. Di dalam senario ini, pilihanraya akan menjadi 1 lawan 1 tetapi hampir semua kerusi boleh menang akan ditandingi oleh UMNO. PAS akan diberikan kerusi-kerusi exGerakan, MIC dan MCA. Jangan haraplah bahagian-bahagian UMNO nak bagi banyak kerusi boleh menang. Di dalam senario ini, berkat sokongan UMNO dan PAS, UMNO tentunya akan menang kerusi-kerusi Melayu. PAS akan ada peluang 50% untuk menang di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Selayang dan sebagainya. Pola undian akan menjadi purely Melayu verses bukan Melayu.
Tepuk dada tanya selera.

XUMNO said...

Kepada Ann 8:42. Macamlah awak ahli nujum; Nujum Pak Belalang. DinTengganu dan Kedah Pas tidak kalah teruk; cuma beza satu dua kerusi dengan BN. Di mana Adun2 PKR di kedua2 negeri tersebut? Dan awak ingat orang Kelantan sebangang itu nak serahkan Kelantan kepada umno. Jelas awak ni penyokong totok PKR yang tidak mahu mengaku parti awaklah yang paling kuat menipu; pemimpin2 awak jenis suka memfitnah. Dah lupa ke perangai hero2 awak Saifuddin dan Rafizi?
Pandangan Pak Subky tepat dan padat. yang baru2 masuk Pas ni kadang2 tak mahu baca sejarah perjuangan Pas; konon dah terlalu knowledgable. Di Selangor dan di mana2 sebelum ada PR; Pas sudah berjuang sendirian. Sokongan bukan-melayu amat minimal kerana hasutan umno dan Dap yang menakut2kan bukan-melayu dengan hudud. Dan semasa PRU 12 dan 13 yang lalu keadaan tidak berubah walaupun ada sebilangan kecil bukan-melayu memberikan undi kepada calon Pas.Dengan kesedaran agama yang meningkat di kalangan orang Melayu dan Islam; kecenderungan pengundi Melayu menyokong Pas boleh menambahkan kerusi Pas dalam Pru14 nanti, InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive