03 September 2014

Rogol 14 wanita, merakam video dihukum penjara 80 tahun

Taipei : Seorang kaki perempuan terkenal dari Taiwan dihukum penjara hampir 80 tahun atas tuduhan merogol 14 wanita dan merakam video mereka tanpa pengetahuan mangsanya.
Justin Lee, 29, dituduh di Mahkamah Tinggi Taiwan kerana melakukan serangan seksual terhadap 14 wanita dan merakam video mereka selain rakaman terhadap lima wanita lain tanpa pengetahuan mangsa. 
“Lee menafikan dakwaan memberi dadah dan merogol wanita berkenaan.

“Kami kesal bukti yang menyebelahi Lee tidak diambil kira dan hukumannya lebih berat daripada yang dijangkakan,” kata peguamnya Leo Tzou.
Foto
LEE akan membuat rayuan terhadap hukuman itu. FOTO China Daily/Asia News Network

Lee menegaskan aktiviti bersama wanita berkenaan dipersetujui bersama dan pihaknya akan membuat rayuan terhadap hukuman itu, kata Tzou.

Menurut fakta pertuduhan, Lee membawa mangsa yang biasanya mabuk dari kelab malam atau bar ke kediamannya.

Dia dituduh melakukan serangan seksual dan merakam perbuatan itu menggunakan peranti yang tidak dikenal pasti selain telefon bimbitnya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 79 tahun tujuh bulan selepas disabitkan kesalahan itu.

Sebelum ini, Lee dihukum penjara 18 tahun enam bulan oleh mahkamah daerah terhadap sembilan tuduhan serangan seksual.

Namun, mengikut undang-undang, Lee hanya perlu menjalani hukuman keseluruhan selama 30 tahun.

Lee juga diarah Mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak Tw$27.75 juta (RM2.95 juta) kepada mangsanya.

Menurut saksi di Mahkamah Tinggi, Lee jelas terkejut dan terbeliak dengan mulut ternganga apabila mendengar keputusan penghakiman itu, lapor akhbar Taipei Times.

Kes Lee ini menjadi berita hangat di Taiwan pada 2012 apabila media tempatan mendakwa Lee membuat rakaman video seks beberapa model dan pelakon selepas memberi dadah kepada mereka.

Dia gagal menjawab saman untuk disoal tahun itu tetapi ditahan ketika menyerah diri selepas bersembunyi selama 20 hari.

Bapa Lee meletakkan jawatan sebagai pengarah di Yuanta Holdings selepas anaknya dituduh pada 2012. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive