03 September 2014

PKR,DAP dan PAS dah serah nama bakal MB baru

Ramai wartawan hadir di bangunan SUK,Shah Alam untuk menanti khabar terbaru mengenai isu jawatan Menteri Besar Selangor setelah tempoh untuk serah senarai nama kepada Sultan Selangor tamat hari ini Rabu.

Istana Selangor tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini.Tumpuan cuma pada sidang akhbar Tan Sri Khalid Ibrahim selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri.

Khalid yang tampil di sidang akhbar itu bersama empat Exco PAS yang masih terus bersamanya cuma memberitahu PKR,DAP dan PAS sudah serah nama calon kepada Istana Selangor.

Menteri Besar itu berkata beliau tidak tahu siapa nama yang dicalon parti-parti itu dan tidak berminat hendak tahu.

Beliau juga tidak tahu berapa lama tempoh masa yang akan diambil oleh Istana Selangor untuk menilai dan memilih Menteri Besar baru.


Katanya beliau tidak campuri urusan pemilihan Menteri Besar baru dan hal itu terserah sepenuhnya pada Istana Selangor.

Beliau meminta semua pihak bersabar sementara menunggu keputusan pihak Istana Selangor.

Apapun,katanya sehingga proses itu selesai dan Istana menamakan siapa Menteri Besar baru beliau dan Exco Kerajaan Negeri akan terus mengendalikan pentabiran kerajaan negeri seperti biasa.

Setakat ini difahamkan PKR dan DAP hanya menamakan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja.

PAS pula dikatakan serah dua nama Wan Azizah dan Azmin Ali.

Sementara itu Persuruhjaya PAS Selangor,Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri beritahu wartawan pada sidang akhbar itu bahawa pendirian 13 ADUN PAS Selangor masih kekal tidak berubah.

Beliau nafi ada yang sudha termakan pujukan dan beralih sokong Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar.-3/9/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive