07 October 2014

Gabungan NGO Berarak Ke Parlimen, Serah Memorandum Bantahan Pada Rabu


Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 12:07 PM

KUALA LUMPUR: Beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu bantahan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 dan diesel menjelang pembentangan Bajet 2015.

Pengarah penerangan dan penganjur bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata pada Selasa, lebih kurang 100 orang dijangka akan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak.

Kumpulan tersebut dijangka akan berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi Rabu sebelum berarak ke bangunan Parlimen.


"Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak akan membentang Bajet 2015, dan kami mahu menyerahkan memorandum ini agar beliau membatalkan pelaksanaan CBP dan mengurangkan harga petrol, yang membebankan taraf hidup rakyat," katanya.

Minggu lepas, harga baharu petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 dan RM2.20.

Walaupun mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pemilik kenderaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menekankan bahawa bahawa Bajet 2015 akan mengimbangi kenaikan harga dengan "meningkatkan BR1M", antara langkah-langkah lain.

Malah orang ramai juga khuatir dengan pelaksanaa CBP bermula 1 April ini akan meningkatkan lagi harga barangan serta cukai dikenakan pada setiap pengeluaran dan pengedaran barang-barang terpilih.

Dalam pada itu, Najib berkata kadar CBP 6 peratus adalah yang terendah di Asia Tenggara berbanding 7 peratus di Singapura dan 10 peratus di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan ini agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.

"Walau bagaimanapun, kami tetap memantau dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive