10 November 2014

Dato' M Nasir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UUM

dato m nasir terima ijazah kehormat doktor falsafah uum

KUALA LUMPUR, 8 NOV 2014: Baru-baru ini penyampai radio dan pengacara TV iaitu Farah Fauzana dianugerahkan Master.

Hari ini, Murai Batu rasa sangat berbangga dan terharu apabila Komposer, Pengarah, Penerbit, Penulis Lirik dan Penyanyi terkenal Dato’ M Nasir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah( Pengurusan Industri Kreatif).
Beliau menerima penganugerahan itu  di Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.
Ini merupakan pengiktrafan tertinggi buat penggiat seni tanah air apabila menerima gelaran Doktor Falsafah (DR).
Murai Batu yakin kejayaan yang diraih oleh Dato’ M. Nasir menjadi contoh yang baik kepada penggiat seni yang lain untuk berjaya dalam kehidupan. Tahniah dan syabas Murai Batu ucapkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive