21 November 2014

Ezad Exist tidak mengaku miliki syabu


21/11/2014 2:05pm

SELAYANG - Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini sebentar tadi atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu dianggarkan 0.3 gram, Rabu lalu.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember ini sebagai sebutan semula kes.
Penyanyi itu kemudian meninggalkan perkarangan mahkamah pada 12.30 tengah hari selapas membayar wang jaminan. - KOSMO!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive