Showing posts with label dadah. Show all posts
Showing posts with label dadah. Show all posts

30 March 2015

Benjy Mungkin ke Tali Gantung

..
Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini. Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa"
"Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.

Sumber : Kosmo!

29 March 2015

Pelakon dipercayai terbabit sindiket dadah - Polis


AZMAN (dua dari kiri) bersama pegawai penyiasat menunjukkan sebahagian peralatan dan bahan kimia yang berjaya dirampas semalam dalam kes pengedaran dadah di daerah ini, di sini hari ini. - Foto Badrul Kamal Zakaria
MUAR: Pelakon lelaki dan rakannya yang ditahan polis di Pagoh di sini, semalam dipercayai terbabit dengan sindiket dadah yang mahu memindahkan pusat pemprosesan dadah mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata ini berdasarkan penemuan beberapa peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah dipercayai jenis syabu dalam kenderaan dinaiki pelakon dan lelaki itu.
"Kami percaya mereka (sindiket) baharu saja pindah dari sebuah kawasan di Kuala Lumpur ke daerah ini dan jika dilihat dari segi kelengkapannya, ia (peralatan) mampu memproses sehingga 5kg dadah pada satu-satu masa," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

10 January 2015

Dadah Baru Daun Khat Diisytihar Daun Teh Untuk Diseludup Ke Malaysia

alt
KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Polis mengesan dadah organik berupa sejenis daun dinamakan “Khat”, yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahnya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentasi penghantaran daun itu dengan mengisytiharkannya sebagai daun teh dan daun inai.
Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandungi dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayalkan seperti ephiderin dan amphetamine.
“Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah dan mereka mengunyahnya untuk khayal.
“Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di ibu negara.
Katanya pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lalu dan di sekitar Selangor serta ibu negara, semalam.
Dalam dua serbuan itu, polis menahan empat lelaki, iaitu dua warga tempatan, seorang dan seorang warganegara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kesemua mereka berusia antara 19 dan 54 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori.
Noor Rashid berkata polis turut merampas 10 kotak, yang mengandungi daun tersebut seberat 90.78 kilogram dianggarkan bernilai RM50,000 yang diseludup dari Uganda, Afrika.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki Yemen telah memasuki negara ini menggunakan pas pelawat beberapa minggu lepas manakala lelaki warga UAE itu merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara,” katanya.
Polis juga percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludupan dadah itu.
Beliau memberi jaminan pemantauan dan risikan akan sentiasa dijalankan bagi membendung penyeludupan dadah tersebut.

17 December 2014

Vokalis Terra Rossa mengaku salah miliki dadah

Vokalis baru Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di ibunegara minggu lepas.

Khairul Hizam Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

21 November 2014

Ezad Exist tidak mengaku miliki syabu


21/11/2014 2:05pm

SELAYANG - Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini sebentar tadi atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu dianggarkan 0.3 gram, Rabu lalu.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad atau nama sebenarnya Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin.

19 November 2014

Ezad (Exist) Didakwa Positif Syabu

..
Penyanyi Ezad Lazim telah ditahan pihak polis atas dakwaan positif syabu. Bekas vokalis kumpulan Exist itu ditahan sekitar jam 1.30 petang di sekitar kawasan kompleks Selayang Mall.
Dalam sebuah blog hiburan menyebut, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gombak telah menahan Ezad ketika penyanyi itu sedang berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish sebelum menemui peket kecil plastik lut sinar yang disyaki berisi dadah jenis syabu. Ezad kemudiannya terus dibawa ke IPD Gombak.

15 March 2014

5 mati ambil dadah berlebihan di festival muzik

MARCH 15, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 15, 2014 06:56 PM
Lima orang meninggal dunia kerana pengambilan dadah berlebihan dalam Future Music Festival Asia (FMFA) malam tadi menyebabkan pihak penganjur terpaksa membatalkan hari terakhir festival itu selepas polis menasihatkan mereka berbuat demikian.
"Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014.
"Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin," kata pihak penganjur dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook festival itu.

13 December 2013

'Ayahanda' dicekup bersama dadah

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.

03 January 2013

Tiada ahli keluarga datang jamin, Zarina Anjoulie tidor lokap



Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.
zarina anjoulie

11 February 2012

Haramjadah ni rogol adik sendiri kerana metamphetamin

Bekas Banduan Rogol Adik


BESUT: Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis metamphetamin bertindak merogol adiknya sendiri dengan mengugutnya menggunakan sebilah pedang dalam kejadian malam Khamis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam di Kampung Gong Manok, Kuala Besut di sini.

Menurutnya kejadian berlaku ketika lelaki berumur 30 tahun yang baru dibebaskan dari penjara 8 Februari lalu ke rumah adiknya berumur 24 tahun dan memaksanya untuk bersama mencari bapa saudara mereka yang tinggal tidak jauh dari situ.

Katanya pada mulanya suri rumah yang mempunyai seorang anak itu enggan mengikutnya namun terpaksa akur setelah abangnya .......

13 July 2011

Pelakon dipenjara

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan terhadap abang kepada Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad kerana memiliki 12.15 gram syabu di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak rayuan difailkan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti Seri Istana dan ‘Cucu-cucu Atuk’.

Samzy Fuzette, 35, (pemohon) yang kini berniaga sendiri memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 30 November 2010.

18 June 2011

Ini sudah hebat !! - 6 pegawai dan anggota caw Narkotik PDRM ditahan edar dadah

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang terlibat berumur dalam lingkungan 30-an ditahan dua minggu lalu.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada di sini, hari ini.

19 April 2011

Bekas Pemain Bola Sepak Terengganu, Isteri Didakwa Kes Dadah

MARANG: Bekas pemain bola sepak Terengganu dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 120 gram di Bukit Payong, dekat sini pada 9 April lalu.
Mohd Asrul Zainuddin, 21, bagaimanapun dilepaskan atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mamat kerana tertuduh merupakan saksi pendakwaan.
Isteri beliau, Razulaika Rashid, 34, dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Razulaika mempunyai tiga orang anak bersama suami pertamanya manakala Mohd Asrul yang juga bekas penjaga gol skuad Piala Presiden Terengganu adalah suami keduanya.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Razulaika sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusoff.
Nor Azizah menetapkan 5 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Pada 12 April lalu, media melaporkan mengenai penahanan Mohd Asrul dan isterinya dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam 9 April lalu di sebuah rumah di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong dekat sini.
Dalam serbuan itu, polis menemui 30 botol berisi dadah jenis heroin seberat 120 gram yang disorok di dalam sebuah beg tangan dipercayai milik isteri pemain bola sepak itu yang berasal dari Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai, di sini.
Sebaik serbuan dilakukan, Mohd Asrul dari Kampung Bukit Nangka, Tepoh ditahan ketika berada di dalam bilik air manakala isterinya ditangkap ketika cuba melarikan diri bersama sebuah beg tangan.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas harta kepunyaan kedua-dua suspek yang keseluruhannya bernilai RM217,412 termasuk wang tunai. - BERNAMA

09 February 2011

Minah Afrika bogel tepi jalan semalam tu dah 'high' .. bungkusan dadah dah pecah dalam perut


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.

Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit.

Berikutan itu, polis percaya wanita terbabit ‘keldai dadah’ digunakan sindiket penyeludupan dadah ke negara ini dan dia menelan puluhan bungkusan sebesar ibu jari mengandungi dadah jenis heroin bertujuan menyoroknya daripada dikesan pihak berkuasa.

“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.

Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang yang dihubungi mengesahkan penemuan dadah berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat laporan penuh berhubung identiti wanita terbabit.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada wanita Afrika berkenaan, namun polis meminta bantuan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti identitinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, wanita berusia 20-an itu mencetuskan kegemparan apabila muncul dalam keadaan telanjang bulat sebelum berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Jalan Lingkaran Tengah II, di sini.

Selepas kira-kira 15 minit dipujuk anggota polis dan orang awam, baru dia bersetuju memakai pakaiannya semula sebelum dibawa menaiki kereta peronda polis untuk dihantar ke PPHUKM bagi pemeriksaan kesihatan. - myMetro

01 November 2010

Dadah : Ameng dipenjara dan didenda

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, hari ini dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Zaki Asyraf turut memerintahkan Ameng, 42, dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda itu selain pengawasan dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) selama tiga tahun.

“Mahkamah telah mencapai keputusan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan itu yang bermula daripada tarikh sabitan,” katanya.

Bagaimanapun, Zaki Asyraf membenarkan penangguhan hukuman penjara dan pengawasan dengan mengenakan syarat tambahan Ameng perlu memfailkan notis rayuan pada hari ini juga dan wang jaminan sebelum ini iaitu RM3,500 dinaikkan menjadi RM5,500 dengan seorang penjamin.

Peguam bela, Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng memberitahu mahkamah anak guamnya itu tiada masalah untuk membayar denda.

Zaki Asyraf dalam keputusannya berkata keterangan tertuduh dalam prosiding membela dirinya bahawa wujudnya konpirasi untuk menjatuhkannya adalah tidak berasas dan tiada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapinya.

“Selain keterangan saksi pendakwaan yang lain, keterangan tertuduh sendiri yang mana menyatakan dirinya dianiayai adalah satu alegasi yang tidak berasas dan tiada kena mengena langsung dengan pertuduhan ke atas beliau,” katanya.

Pada 12 Mei lepas, Ameng mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang 2 April lepas.

Dia yang diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Pada 7 Sept lepas, mahkamah memerintahkan Ameng, 42, membela diri atas tuduhan itu.

Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dikemukakan sepanjang prosiding itu. — Bernama

19 November 2009

Seorang ASP 4 Lans Koperal ditahan terbabit dadah

4 dari 5 anggota polis yang ditahan

KOTA BHARU - Seramai lima anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan selepas dikesan positif dadah dalam pemeriksaan air kencing di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ditahan dalam operasi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang melakukan pemeriksaan mengejut pada pukul 3 petang.

Menurut beliau, pegawai polis yang ditahan itu berpangkat Asisten Supritendan Polis (ASP) manakala empat lagi membabitkan anggota polis berpangkat Lans Koperal.

"Dalam operasi itu seramai 300 orang anggota dan pegawai di kem itu diwajibkan melakukan ujian air kencing.

"Daripada 300 orang itu, lima anggota polis berusia 20 hingga 50 tahun itu didapati positif mengambil dadah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi tersebut dilakukan secara mengejut dan ia bertujuan mengesan anggota dan pegawai polis yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah - Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive