05 November 2014

Najib: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap NFC


Pinjaman kerajaan oleh NFCorp itu perlu dibayar balik bermula pada 2012 hingga 2028.

Kuala Lumpur: Pihak Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana kegagalan syarikat tersebut melangsaikan pembayaran pinjaman sebanyak RM250 juta.

Kementerian Kewangan dalam satu jawapan bertulis hari ini menjelaskan bahawa NFC gagal menepati pembayaran ansuran tahunan pada 9 Januari selain gagal membuat pembayaran seterusnya yang diminta kementerian.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak menyatakan pihak kerajaan telah mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014 dengan tempoh yang diberikan selama 90 hari. Bagaimanapun, NFCorp tetap gagal meremedi kemungkiran tersebut.

“Lanjutan daripada itu, kerajaan mengemukakan Notis Pengisytiharan Event of Default pada 4 September 2014 untuk penamatan perjanjian dan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Najib berkata, pinjaman kerajaan oleh NFCorp itu perlu dibayar balik bermula pada 2012 hingga 2028.

“Sehingga 30 September 2014, bayaran balik yang dikutip ialah RM34.98 juta bagi ansuran 2012 dan 2013, manakala ansuran 2014 yang matang pada 9 Januari 2014 masih belum dijelaskan,” katanya.

1 comment:

otaistillkick said...

pinjaman PTPTN dah lama kena blacklist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive