20 November 2014

Penjara 18 Tahun, 3 Sebatan Rogol Budak 8 Tahun

alt
MIRI 20 Nov - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam kerana kesalahan merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun.
Hukuman itu dijatuhkan Timbalan Pendaftar Nasrul Hadi Abdul Ghani setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya, kepentingan awam serta laporan akhlak dan sosial tertuduh.
Simban Dinus, 20, dari Sungai Muam, Marudi telah didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5 petang dan 6 petang, 10 September lalu di tepi Sungai Long Banga, Baram.
Sementara itu di mahkamah sama, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun diperintahkan supaya dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun sehingga mencapai umur 21 tahun atau lebih setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Simban untuk merogol mangsa yang sama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive