AirAsia: Terima kasih atas sokongan, doa
Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.
Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.
Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.
LAPORAN LANGSUNG
1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.
Menulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.
1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.
1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar di barat laut, Laut Jawa.
Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.
FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).
Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.
12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.
Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan “sebuah pesawat” dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.
JAKARTA - Pesawat AirAsia dengan penerbangan Surabaya-Singapura telah putus hubungan dengan ATC Bandara International Sorkarno Hatta.

Melalui akaun facebook Tony Fernandes telah berkongsi kedukaan diatas kehilangan pesawat AirAsia itu. Menurut detik.com, warna logo AirAsia yang biasanya merah telah ditukarkan menjadi kelabu sejak satu jam lalu.
Manakala dalam akaun facebook Airasia pula yang di-retweet CEO AirAsia Tony Fernandes menyebut bahawa saat ini pihak AirAsia belum lagi boleh memberikan sebarang maklumat yang lebih lanjut mengenai status penumpang, dan kru yang berada dalam pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran QZ 8501.
Ia terputus hubungan selepas 8 minit berlepas dari lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment