31 December 2014

Helikopter PDRM mendarat cemas di Tanah Merah

31/12/2014 9:04pm

gambar NSTP

TANAH MERAH - Sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pendaratan cemas di kawasan perumahan Kursial, di sini petang tadi.
Helikopter terbabit dikatakan membuat pendaratan cemas di kawasan terbabit kira-kira pukul 6.40 petang.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, helikopter terbabit membawa tiga orang pegawai dan seorang awam.
"Mereka membuat pendaratan cemas di kawasan tersebut.
"Kesemua mangsa selamat dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi disiasat. - KOSMO

Juruterbang dan kru selamat dalam kemalangan Helikopter, Kata Khalid


Pic: The Malaysian InsiderPic: The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi melalui Twitternya mengesahkan tentang insiden sebuah Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.
Dalam insiden pendaratan cemas tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Menurut laporan, kejadian berlaku di kawasan perumahan Kursial.
Helikopter tersebut sedang dalam misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
Pengesahan tersebut menjawab pelbagai pertanyaan dan spekulasi yang mula memenuhi media sosial sejak lebih sejam lalu:
"Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulilah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 31, 2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive