07 January 2015

PAS Desak Penjelasan Kerajaan Berhubung Isu Paul Phua


Mahfuz Omar berkata, pihak kerajaan perlu telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia bukan saja melibatkan integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Mahfuz Omar berkata, pihak kerajaan perlu telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia bukan saja melibatkan integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan agar memberi penjelasan berikutan isu surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada baru-baru ini selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak kerajaan perlu telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia bukan saja melibatkan integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Sungguh menghairankan apabila melihat kesungguhan dan keberanian seorang menteri kabinet menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano pada 18 Disember 2014 dengan memberi jaminan bahawa Paul Phua Wen Seng bukanlah anggota kongsi gelap 14k Triad.
“Bahkan, mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara keselamatan negara dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia.
“Pasti timbul kerisauan pada umum seolah kerajaan bersekongkol untuk melindungi bukan saja raja judi tetapi anggota kongsi gelap 14K yang berkait dengan dadah,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Malaysian Digest, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mahfuz turut menuntut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan kepada orang ramai berkenaan kes Phua.
“Hal ini kerana semestinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rekod dan berhubung dengan FBI berkenaan Paul Phua.
“Slogan PDRM iaitu Tegas, Adil dan Berhemah perlulah dizahirkan pada setiap masa tanpa memilih bulu dan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, Zahid dalam surat yang bertarikh 18 Disember berkata, Phua bukan anggota 14K Triad di Malaysia, menafikan fail mahkamah Jabatan Kehakiman AS mengatakan individu itu adalah anggota tertinggi kongsi gelap haram Asia itu.
Surat yang ditujukan kepada Giuliano mengatakan Phua juga membantu Putrajaya dalam projek yang melibatkan keselamatan negara.
Phua merupakan bekas pemilik restoran kasino di Macau menghadapi dakwaan perjudian sukan haram di Las Vegas, semasa musim Piala Dunia tahun lalu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive