06 January 2015

Surat rahsia Zahid pertahan ‘Raja Judi’ sahih – Fahmi

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 6 JAN: Tindakan Datuk Seri Zahid Hamidi mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk membela ahli judi profesional, Paul Phua Wei-Seng menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan agenda sulit dan kerjasama keselamatan dengan individu yang didakwa terlibat dengan aktiviti kongsi gelap antarabangsa.
KEADILAN membuat kesimpulan bahawa surat rahsia yang ditulis Menteri Dalam Negeri itu kepada pihak berkenaan untuk membela ahli judi profesional, Paul Phua Wei-seng adalah sahih.
Fahmi“Saya ingin berterima kasih kepada Shafee (Abdullah) kerana walaupun Menteri Dalam Negeri belum menjawab, peguam Umno nombor satu telah menjawab salah satu soalan yang saya tujukan kepada Zahid.
“Berdasarkan kenyataan Shafee, kita kini tahu bahawa surat rahsia Zahid kepada FBI yang didedahkan South China Morning Post adalah sahih dan benar,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil melalui kenyataan yang disiarkan.
Zahid sebelum ini dikatakan telah menulis surat rahsia berkenaan yang menafikan bahawa ahli judi profesional itu adalah ahli kongsi gelap 14K Triad yang berpangkalan di Hong Kong.
Zahid melalui suratnya itu menyatakan Paul Phua telah beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara dan memohon supaya Paul Phua di dibenarkan pulang ke Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64659

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive