07 March 2015

DAP dan PAS akan pastikan Anwar bebas




13894_10152860623504542_6582333137952986883_n
KUALA LUMPUR, 7 MAC: Walaupun cuba dilagakan dengan pelbagai isu oleh media tajaan UMNO namun DAP dan PAS tetap bersatu hati menuntut agar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim segera dibebaskan.
Exco Kerajaan Negeri Selangor Teng Chang Khim menegaskan, biar apa pun taktik yang digunakan, DAP akan memastikan usaha membebaskan Anwar tetap tercapai.
“Kita semua hadir ke sini bukan untuk shopping tapi demi memastikan Anwar dibebaskan.
“Kita akan pastikan matlamat itu berjaya dijayakan,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 1,000 rakyat berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.
ADUN PAS Saari Sungib pula menyatakan, tujuan himpunan juga adalah untuk mendesak hak-hak rakyat dapat dikembalikan.
“Tahniah kepada kesungguhan rakan-rakan semua yang datang untuk menuntut bukan saja pembebasan Anwar tapi hak kita yang telah dirampas selama ini,” katanya.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke seterusnya mengecam keras tindakan UMNO yang menyalahgunakan undang-undang untuk memenjarakan lawan politik mereka.
Namun katanya, salah guna undang-undang itu tidak akan sesekali mematahkan semangat Anwar dan seluruh rakyat.
“Walau Anwar dipenjarakan, semangat Anwar tidak akan dapat dipenjarakan.
“Kita akan pastikan Anwar tetap akan menjadi ketua Pakatan dan terus memperjuangkan pembelaan terhadap beliau termasuk segala kepentingan serta nasib semua rakyat,” tegasnya disambut jeritan ‘undur-undur Najib’. -Roketkini.com

3 comments:

Malaysiabaru said...

A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi
A.B.U dan A.B.A.H

Qaseh Bonda said...

Ribuan Anwar muncul dijalanan. Tak malu ke para menteri recycle sekelian. Andai tengku adenan ataupun ahmad maslan waima najib sendiri dihukum penjara, masih adakah rakyat bangkit membela mereka?

Beginilah semangat kasih sayang demi perpaduan rakyat telah disuarakan. Nikmat manakah lagi yang mahu didustakan wahai regim lapuk!

Anonymous said...

Jelas kelihatan DAP dan PAS naik gerun bila KETUM PKR masuk penjara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive