Showing posts with label Alyah. Show all posts
Showing posts with label Alyah. Show all posts

13 January 2015

Tahniah Sebab Hancurkan Rumah Tangga Saya - Alyah

..
Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah akhirnya terjawab.
Penyanyi yang hit dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.
"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar."Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.
Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.
"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.
"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya.

11 January 2015

Alyah Dedah Gambar Suami, Seorang Wanita Dengan Kapsyen Teraniaya


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 5:14 PM

Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka.

PETALING JAYA: Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.
Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.
Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.

Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.- mStar

08 September 2014

Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara Jika Lewat Daftar Nikah


..
 Pengarah muzik  Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.
Menurut Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.
"Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

28 August 2014

Datuk Ramli MS - Alyah dah kahwin setahun lalu

Situasi suspen kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah komposer terkenal Datuk Ramli MS bertukar jadi gelak ketawa kerana 'kantoi' sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Ramli MS sebelum ini digosipkan dengan penyanyi Alyah tapi tidak pernah memberitahu kepada umum mengenai status mereka.
BH melaporkan awal pagi Rabu, berdasarkan maklumat awam, pegawai JAIS mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive