11 January 2015

Alyah Dedah Gambar Suami, Seorang Wanita Dengan Kapsyen Teraniaya


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 5:14 PM

Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka.

PETALING JAYA: Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.
Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.
Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.

Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.- mStar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive