Showing posts with label ramli MS. Show all posts
Showing posts with label ramli MS. Show all posts

11 January 2015

Alyah Dedah Gambar Suami, Seorang Wanita Dengan Kapsyen Teraniaya


Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 5:14 PM

Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka.

PETALING JAYA: Isu rumah tangga penyanyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita yang tidak dinyatakan identitinya.

Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 34, di Instagram miliknya itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen seolah-olah Ramli telah menganiayanya.

"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.

Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.
Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.
Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.

Dalam status yang dimuatnaik pada petang Ahad itu Alyah antara lain memohon kepada Allah sekiranya dia pernah menganiaya orang lain, moga Allah memberi petunjuk agar kembali ke jalan-Nya.

"Namun jika aku yang dianiaya, aku mohon kepada-Mu, ya Allah, Kau angkatlah doaku juga dengarlah kesedihanku ya Allah..." tambahnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak menjawab panggilan telefon.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013.

Perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun mereka berjaya meyakinkan pihak penguatkuasa berkenaan selepas mengemukakan dokumen pernikahan itu.- mStar

08 September 2014

Ramli MS & Alyah Boleh Dipenjara Jika Lewat Daftar Nikah


..
 Pengarah muzik  Datuk Ramli MS sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya dengan penyanyi Alyah dalam masa enam bulan selepas tarikh mereka bernikah mengikut Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2013.
Menurut Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof, kegagalan pasangan itu berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan boleh disabitkan sebagai kesalahan selain dikenakan penalti.
"Secara dasarnya pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu dengan hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di bawah enakmen tersebut.

29 August 2014

"Macamlah Saya Jual Dadah," Kata Ramli MS





s


Ramli MS 
PETALING JAYA: Konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berkata ada sebab beliau merahsiakan pernikahannya dengan penyanyi Alyah yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun Ramli tidak berhasrat untuk berkongsi sebab kenapa beliau berbuat demikian.

"Dah setahun kami kahwin, tentu ada sebabnya kami rahsiakan perkara ini. Kenapa kamu semua nak sibuk? Ini adalah hak mutlak asasi saya," katanya kepada mStar Online dalam nada bergurau ketika dihubungi di sini pada Khamis.

28 August 2014

Datuk Ramli MS - Alyah dah kahwin setahun lalu

Situasi suspen kunjungan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah komposer terkenal Datuk Ramli MS bertukar jadi gelak ketawa kerana 'kantoi' sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Ramli MS sebelum ini digosipkan dengan penyanyi Alyah tapi tidak pernah memberitahu kepada umum mengenai status mereka.
BH melaporkan awal pagi Rabu, berdasarkan maklumat awam, pegawai JAIS mengunjungi kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive