Showing posts with label Datuk T. Show all posts
Showing posts with label Datuk T. Show all posts

24 June 2011

Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi “bahan lucu.”

Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah.

“Misalnya, juga didakwa bahawa ada keterangan pakar bahawa lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

22 June 2011

3 Boroi tayang video lucah akan didakwa Jumaat ini

2011/06/22

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berkata trio "Datuk T" diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi Jumaat ini untuk pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan sebentar tadi. Difahamkan pendakwaan terhadap mereka adalah berkaitan penayangan rakaman video yang didakwa menunjukkan aksi seks individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita.

Selain Eskay, dua lagi anggota trio "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung PERKASA, Datuk Shuib Lazim. - BH

04 May 2011

Sah kaki putaq alam : Eskay nafi tuduh DSAI terlibat dalam video seks

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini, lapor Tv Selangor.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

01 May 2011

2 si Boroi terima ugutan

BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka. “Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

29 April 2011

Jangan permainkan sumpah laknat - Tuan Ibrahim Tuan Man

oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

Akhirnya Eskay bersumpah pada 4.15 - 4.25 ptg


TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. - Foto BH Online

31 March 2011

Video sex : Shuib akui terima ancaman bunuh


Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu. "Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul. "Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T.

Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya. Lindung boss Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'.

Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri). Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh. Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya.

Katanya, beliau masih keluar dari rumah. "Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi. "I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak -mkini

29 March 2011

Akta perlindungan 'Datuk T' : Menteri ni mengaku silap .... hahaha

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mengaku tersilap mengeluarkan kenyataan 'kemungkinan' trio 'Datuk T' akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut membuat pembetulan dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta Akta Pemberi Maklumat kerena mereka telah mendedahkan diri mereka kepada umum.

Namun katanya, di bawah Akta Perlindungan Saksi mungkin akan diguna jika pihak berkuasa mendapati ada kes. "Saya nak buat penjelasan di sini iaitu kemungkinan di bawah Whistleblower Act kemungkinan tidak ada sebab apabila seseorang itu telahpun menzahirkan kepada awam bahawa dialah pemberi maklumat otu, maka akta Whistleblower tidak boleh dipakai.

"Jadi kenyataan saya sebut tadi bukan lagi kemungkinan, memang tak boleh dipakai," katanya. Pembetulan yang dibuat di Dewan Rakyat hari ini itu kemudiannya dipersoal ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

"Perkara ini sudah diketahui daripada awal, so ini kesilapan lah?," soal Gobind. "Ya, memang lah, sebab itu saya kata saya nak betulkan balik, tak boleh pakai dah," balas Nazri.

Semalam, media melapor Nazri memberitahu pemberita di lobi Parlimen bahawa akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang mendedahkan video berkenaan. Bagaimanapun, beliau dilaporkan berkata bahawa kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis.

Kenyataan awal Nazri itu turut dikecam ahli parlimen PKR yang mengadakan sidang parlimen siang tadi bagi mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang itu.

Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu. - HD

24 March 2011

Video sex : Putar Alam betul la puak 'Datuk T' ni ...

MP Sg Petani: ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar
Oleh G Manimaran
March 24, 2011


PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang “Datuk T” – Datuk Shuib Lazim adalah “pak ciknya”, yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.

“(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar,” kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.

“Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya,” kata Johari.

Misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian “Datuk T” bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.

Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa “Datuk T” bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.

“Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi,” kata Johari lagi.

Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata “Datuk T” melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata:

“Apa pilihan yang mereka ada.”


Johari nafi minta sogokan untuk lompat parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan dalang video seks palsu, Datuk Eskay Shazryl.

“Takkan saya nak minta RM100,000 sahaja. Kalau betul-betul nak rosakkan kredibiliti, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta terus,” katanya mengulas kenyataan Eskay semalam, kononnya beliau meminta ‘wang pelincir’ untuk melompat parti.

Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan.

Johari berkata demikian pada sidang media khas melibatkan wartawan dan wakil media terpilih, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Dalam sidang media sama, beliau mengulangi pendiriannya bahawa pelaku hubungan seks itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menegaskan beberapa keraguan berkaitan rakaman video berkenaan.

Pertama, terdapat empat kamera digunakan untuk rakaman itu tetapi keempat-empat video itu merakam aksi tersebut dari sudut sama.

Kedua, Johari mempersoal mengapa kamera hitam putih digunakan dan bukannya kamera berwarna sedangkan teknologi sedia ada boleh digunakan untuk tujuan itu.

Ketiga, jarak antara kamera dan aksi itu begitu jauh.

Keempat, kata Johari, badan pelaku seks dalam rakaman berkenaan jauh lebih tegap berbanding Anwar.

Beliau turut menafi laporan yang menyatakan beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat perkara itu dan berpendapat polis harus menyiasat dan menangkap Eskay dan Rahim Thamby Chik kerana memiliki rakaman lucah.

“Siasat dulu, tak perlu ada suruhan jaya diraja,” kata Johari.

Selepas pertemuan pertama, Johari berkata, beliau membawa bersama dua Ahli Parlimen yang juga bekas pelajar Malay College of Kuala Kangsar dan mengenali Anwar sejak kecil untuk menonton dan turut mengesahkan lelaki dalam video itu bukan Anwar.

“Mereka adalah Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan Ahli Parlimen Merbok, Abdul Rashid Din.

“Turut dibawa bersama ialah Ahli Parlimen KEADILAN yang aktif di Parlimen. Mereka adalah Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), dan Amran (Tanah Merah),” kata Johari.

Johari tanpa sebarang keraguan menegaskan, keseluruhan rakaman adalah konspirasi dan turut mengulangi pendirian betapa Rahim Thamby Chik berdendam terhadap Anwar.

“Tan Sri Rahim adalah musuh ketat Anwar. (Dahulu) Kabinet membuat keputusan supaya beliau berundur dari jawatan ketua Menteri dan Ketua Pemuda Umno,” kata Johari.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9769

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive