Showing posts with label HAKIM. Show all posts
Showing posts with label HAKIM. Show all posts

21 November 2014

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Bebas Tuduhan Khalwat


Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran, 46, dan pasangan Nurul Ezani Mat Isa, 37, (kiri) tersenyum semasa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah selepas mereka dibebaskan daripada tuduhan khalwat pada empat tahun lepas di George Town, Jumaat. -fotoBERNAMA



GEORGE TOWN: Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan seorang penasihat kewangan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Ini adalah kali kedua Adam Tumiran, 46, dan Nurulezani Mat Isa, 37, dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Pasangan itu sebelum ini dibebaskan pada 17 Mei 2012, oleh mahkamah yang memutuskan bahawa sijil perkahwinan yang dikemukakan adalah sah.

24 December 2012

Kes Umar : Sandiwara Hakim, DPP dan Peguam


541675_513316425368468_875094713_nArul
24 Disember 2012, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Pada hari Jumaat yang lalu, Magistrate Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 keatas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam.
Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhan penghakiman sehingga kes di rayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Magistrate memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar “yang Arif “ konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum.
Namum tak tahu mengapa Magistrate ini berkelakuan begini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak, beliau sanggup berbuat demikian?  Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Magistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah magistrate yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang “occupy” Dataran Merdeka pada masa itu.
Maka Magistret yang memberikan perintah tidak memerdekakan Dataran Merdeka pada Bersih 3, hari ini didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak  muda dan terus menggunakan kuasa untuk menahan beliau terus dipenjara sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor menghukum orang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut mempersona saya adalah tindakan Magistrate yang masih gian nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun  pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri.
Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataan-kenyatan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketwa atau menanggis.
Semasa kes, Hakim Amelia bertanya kepada bapa kepada si Umar samada anaknya akan mendengar cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Dataran Merdeka atau berhimpun disana. Realitinya  adalah Umar sudah berumur lebih 21, dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini bukan satu mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak dan Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak geri seorang dewasa.
Yang lebih teruk adalah beliau memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat dan jika terlibat, maka penangguhan kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret.
Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan samada rayuan Umar diterima tetapi Hakim Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian
Saya cukup terhibur dengan semua sandirwara Hakim, DPP dan Peguam. Di mahkamah ramai anak muda yang hadir mengari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh temeh yang tidak relewan padahal beliau sendiri tiada halangan untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguam bela pula bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, anti Perlembagaan  perkara 10 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik pokok. Nak ketawa atau menangis.
Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin  5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun 1998, Hakim Mahkamah session turut memberikan syarat bahawa jika kami libat dalam demo lain selepas ini, jamin mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Session KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan perhimpunan selepas syarat dikenakan.
Saya terfikit bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak ikut syarat mahkamah apabila  slogan Umar sendiri adalah, “Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat “. Sememangnya perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dan magistret yang kita ada pada hari ini.- SUMBER

22 February 2012

Imam baling kasut ke arah Hakim


Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.


Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.


Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

17 August 2010

Hakim Malaysia penakut - Prof Dr Abd Aziz Bari

Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah.

Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini - di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah - berubah di peringkat rayuan.

Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan - yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan - kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali.

"Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan.

"Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya - walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif - akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik
tertentu," tegasnya lagi.

Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19.

"Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya.

Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih.

"Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya.

Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk
mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif.

"Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam.

"Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya.

Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London - Detikdaily

10 November 2008

BERBOHONG: NAZRI AZIZ MUNGKIN DIRUJUK KE J/KUASA HAK DAN KEBEBASAN - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau perlu meneliti kenyataan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu, sebelum membuat keputusan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti disaran Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
“Saya terpaksa berhati-hati. Sebab kalau Yang Berhormat (Bukit Gelugor) tengok kepada track record saya, saya jarang membuat keputusan begitu sahaja. “Sebelum buat keputusan, bagi saya peluang dua, tiga hari untuk mendapatkan butiran bukan sahaja dari Malayan Law Journal (MLJ). Dengan itu nanti, saya akan buat keputusan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Karpal meminta supaya Nazri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa apa yang dikatakan oleh Menteri itu adalah sesuatu perkara yang tidak benar dan satu pembohongan besar.
Karpal berkata, merujuk kepada MLJ, bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan dua hakim kanan,
Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, dipecat dan bukan diberhentikan awal seperti yang dinyatakan. “Apa yang dikatakan tidak benar, satu perkara yang tidak berasas, bermakna dia (Menteri) melanggar peruntukan 36 (12) dan harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu,” katanya.
Karpal merujuk kepada kenyataan Nazri pada 6 November lalu, yang menyatakan apabila tribunal membuat keputusan dan mendapati mereka (hakim-hakim) ada melakukan kesilapan, apa yang berlaku mereka bukan dipecat tetapi mereka diberhentikan awal. Ketika itu, Nazri mengumumkan kerajaan telah membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada Mohd Salleh dan lima lagi bekas hakim kanan yang terlibat semasa krisis itu.
Mohd Salleh menerima bayaran tertinggi dengan RM5 juta, Wan Suleiman (RM2 juta), George Seah (RM2 juta) manakala Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin masing-masing mendapat RM500,000. Nazri dilaporkan berkata, bekas hakim itu telah ditamatkan perkhidmatan lebih awal seperti saranan panel yang bersidang berhubung kes itu dan bukan dipecat oleh kerajaan. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive