
TUARAN 11 Okt - Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.
Katanya Zakia yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lepas berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.